Dalam kepenatan dan kelonglaian pada pagi subuh itu,ramai jemaah selepas menunaikan solat subuh, “terlentang” melabuhkan kepala masing-masing,untuk berehat di atas karpet surau sebelum mereka menunggu jam berdetil tepat pada angka 7.30 pagi.Hari sabtu di kem semarak Pekan Pahang adalah hari yang paling melegakan,tiada perhimpunan pagi,tiada acara menaikkan bendera,tiada aktiviti selpas solat subuh,menyebabkan mata yang dahulunya terpaksa berjegil untuk bangkit dari katil melepaskan geram pada pagi sabtu tersebut.
Namun kedapatan juga beberapa orang pelatih yang khusyuk membaca Al-Quran,menyebut setiap huruf dengan penuh kesyahduan,sehinggakan kadang-kadang menyentuh hati saya sendiri yang menjadi saksi keadaan ini.
“Bagusnya sekiranya ramai yang seperti ini”bisik hati saya sendiri.
Jauh dari sudut hati saya waktulah ini waktu yang sesuai untuk berinteraksi dengan tuhan(selain dari wktu tgh malam-yang tak ramai mampu bangun untuk melaksanakannya).Tercetus dalam hati saya untuk menyertai mereka namun pada pagi sabtu itu saya ada tugasan yang perlu saya laksanakan,satu tugasan yang pada hemat saya mungkin lebih penting dan perlu didahulukan kerana tiada kesempatan masa di waktu yang lain.
“Imran,dah nak pergi dah?”tanya Farid,seorang sahabat yang agak rapat dengan saya.
“Biarlah dia,dia nak pergi jumpa “awek” dia tu..”Arief sengaja memerli.
Saya hanya tersenyum.Saya tahu Arief ini memang sahabat yang suka bergurau.Saya sedikit pun tidak terasa hati.
“kena pergi la,aku ada kelas dengan sifu aku”
Mereka semua mengangguk faham.Saya terpaksa meninggalkan halaqah ilmu(yang kadang-kadag menjadi halaqah berborak) pada pagi sabtu tersebut kerana ada temujanji untuk dipenuhi.
“kirim salam dekat budak-budak chrsitian tu”itulah ucapan perpisahan mereka kebiasaanya sebelumsaya beredar.
Bagi saya.setiap pagi sabtu di kem PLKN Semarak bukan pagi yang biasa,bukan sekadar untuk bangun,solat dan makan seperti pelatih lain.Hal ini kerana saya ada “date” dengan pelatih-pelatih christian yang saban Sabtu,akan berkumpul di padang kawat sebelum mereka bertolak ke church.Di kesempatan inilah saya menuntut ilmu dari salah seorang dari mereka yang saya anggap salah seorang yang sangat arif dalam agama christian.Saya memanggilnya ‘sifu’.
“sifu,how are you,now what will you teach me today?”soalan pertama yang bermain di mulut saya setiap kali di awal pertemuan kami pada setiap pagi tersebut.Seperti kebiasaan dia akan menyambut saya dengan “warm welcome”,yang pada pandangan saya mengalahkan ramai sahabat-sahabat wanita saya yang lain.Saya harus akui,she got the charm and every words she said potrays the sense of kinship and goodwill.
Sifu ini juga merupakan salah seorang pelatih seperti yang lain.Bertubuh kecil,berkaca mata dan mempunyai karisma yang tersendiri.Saya masih ingat lagi ketika kali pertama saya bersua dan mengenalinya secara official melalui seorang lagi warga kristian yang,yang juga sahabat baik saya.Sebelumnya saya banyak berjumpa dengan ramai lagi warga kristian yang lain,meminta mereka untuk mengajar saya tentang agama mereka,namun kebanyakan mereka menolak,kerana mereka sendiri mengakui mereka kurang arif atau tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk mengajar saya.Adapun juga di kalangan mereka hanya kristian atas nama,kerana mereka langsung tidak tahu menahu apa yang menjadi akidah mereka,malah ada juga yang langsung menolak asas kepercayaan mereka.Namun hal ini bukan sahaja berlaku pada umat kristian,malah dalam kalangan muslim ada juga yang sebegini,dan saya akui,insan-insan yang memisahkan diri merekaa dengan agama(sama ada kristian atau Islam) dalam kehidupan mereka,adalah suatu pemandangan yang sangat menyedihkan bagi saya.Satu penafian terhadap fitrah yang sihat(yusuf al qaradhwi,hakikat kewujudan Allah,ms1).
Namun Allah itu maha penyayang,maka saya dipertemukan dengan sifu ini.Dalam diam saya bukan sahaja mengkagumi pengetahuannya dalam agama mereka,namun saya turut tertarik dengan sikapnya yang sangat terbuka,peramah dan yang sangat menggembirakan saya,kesungguhannya dalam mengajar saya,atau dalam erti kata lain kesungguhanya dalam berdakwah untuk agama mereka.Sering saya berbisik di dalam hati:
“Sekiranya ramai umat Islam yang sebegini,maka mudahlah tugas dakwah untuk menyebarkan Islam,mudahlah kita menyelesaikan kekusutan sesetengah insan yang memahami Islam dari kaca mata yang salah,bahkan mudahlah umat Islam sendiri berdialog dengan mereka tanpa sebarang rasa prejudis”
Maka setiap pagi sabtu itu saya mula mengenali apa itu “trinity” atau konsep jesus,dan kenapa jesus(Isa) turun ke bumi.Suka untuk saya katakan kebanyakan daripada kita(umat Islam) sering memahami agama christian dari sudut yang salah,sepertimana kebanyakan dari mereka juga turut memahami Islam dengan sumberb yang tidak benar.Bahkan ada di kalangan kita(Islam dan Kristian) bertelagah dan mula mengumpat bersama puak masing-masing mengkritik sesuatu yang salah dan jauh menyimpang dari ajaran yang sebenar.Apabila orang Islam tidak memberi peluang untuk mendengar penjelasan mereka dan membiarkan mereka bersuara,maka bagaimanakah mereka juga akan mendengar penjelasan kita dalam kekusutan yang merekaa fahami tentang Islam??In this condition,tolerance play the role..
Walaupunbegitu saya percaya,kebanyakan kita kan bersifat inklusif atau dalam bahasa yang mudah,istilah seperti “hanya agama aku yang betul,agama mereka salah” merupakan istilah yang sentiasa bermain dalam fikiran kita.Saya juga percaya Islam is the genuine teaching from god dan saya juga berani untuk berkata orang kristian juga akan mendakwa agama mereka adalah yang paling benar.Namun perlukah kita mentafsir perkara ini dengan tafsiran-tafsiran seperti “sebab agama aku dah betul,buat apa aku sibuk untuk belajar agama orang lain/berdialog dengan orang lain”???.Firman Allah:
“Sebenarnya kami melontarkan yang hak itu kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya,maka dengan serta merta yang batil itu akan lenyap..”-(surah anbiya’a:18)
Maka sekiranya ada perselisihan,percanggahan,atau pendakwaan bahawa masing-masing benar,then lets talk,because the truth alway prevail.Sekiranya kita masing-masing berdiam diri dan tidak mahu bersuara,maka kebenaran tidak akan muncul kerana masing-masing berasa benar.Firman Allah:
“Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)." (Qs 3 Al Baqarah: 64)
Saya juga bukan mengajak anda untuk bersikap pluralisme dalam agama seperti saranan john hicks,tetapi saya meneyru untuk kita berdialog(bukan berdebat) dengan ahli ktab yang lain.Kita mendengar suara dan penjelasan mereka dan kita menjelaskan salah faham mereka tentang Islam,satu proses give and take yang tidak lain tidak bukan menguntungkan yang haq,dan menghancurkan yang batil.
Sekian.
0 comments:
Post a Comment