Malam itu cukup tenang,bagaikan angin yang bertiup lembut menyapa umat manusia di kem PLKN Semarak,pekan.Tiada kebingitan yang memecahkan suasana,maka malam itu hanya sepi menjadi tema,bertemankan bunyi-bunyi alam yang setia berlagu,mengikut walhal aturan Yang Maha Kuasa.
Ah,bunyi cengkerik menemani saya pada malam itu.Dalam tetingkap kedamaian malam yang serba gelap ini saya hanya mampu bersembunyi daripada kelibat manusia di celah-celah pokok-pokok berhadapan pantai,mencari penawar bagi kekusutan hati ini.Damainya malam tidak mungkin sedamai lautan yang bergelora didalam jiwa saya pada saat itu,satu raut kehampaan,kesunyian terukir kemas di pangkal hati,dan peritnya hanya Allah sahaja yang lebih tahu.Dalam kedamaian itulah,saya menangis bagaikan budak kecil yang jatuh terluka.Air mata ini deras mengalir tanpa bicara,peristiwa yang terjadi hanya 30 minit sebelum itu benar-benar merobek sebuah harapan yang saya bina sepanjang berkelana di Kem PLKN ini.
“Siapa yang tanya soalan ini!!?”
Masing-masing sudah tidak keruan,melihat gelagat ustaz yang tiba-tiba “angin” pada saat tazkirah antara maghrib-isyak pada malam itu.Seperti kebiasaannya pada sesi tazkirah ustaz itu,akan ada sesi soalan yang ditulis dalam kertas kecil yang di “pas-paskan” oleh pelatih-pelatih yang ingin bertanya.Pelbagai jenis soalan yang akan ditanyakan termasuk menyentuh isu-isu kahwin,seks dan sebagainya yang kebiasaannya mengundang gelak ketawa.Namun malam itu gelak tawa tidak menyusup dalam suasana surau,sebaliknya soalan yang dibacakan itu seakan suatu dosa yang perlu dicari siapa pelakunya.
“Saya ulang sekali lagi siapa yang tanya soalan ini!!”kali ini suaranya lebih tegas lagi.Saya mula kaget.Namun wajah saya tetap “Cool” walaupun jantung ini sendiri berdegup laju mula menyedari keresahan yang melanda.Saya tahu soalan itu adalah soalan saya,dan langsung saya tidak menyangka pertanyaan hambar seperti itu mampu mengundang ribut petir dalam surau ini.
“Imran,kau ke yang tanya soalan itu?”saya dicuit dari belakang.Seorang sahabat yang rapat dengan saya bertanya.Saya hanya mampu mengangguk perlahan.
Sebelum soalan ini dinaikkan,ada sahabat lain yang bertanya ustaz perihal berkaitan dengan masalahnya untuk memahami doa yang dibaca berjamaah dan ingin menyambung doa sendiri selepas doa yang dibacakan imam.Jawapan ustaz pada waktu itu,pada saya tidak memuaskan kerana tidak dinyatakan dalil,serta ditambah dengan kebaikan-kebaikan doa berjemaah yang pada hemah saya langsung tiada kaitan.Maka saya segera coretkan sedikit pertanyaan dalam kertas kecil dan “pas-paskan” ke orang hadapan,dengan harapan soalan saya itu mungkin dapat membantu atau membetulkan apa yang salah.
Langsung tiada dalam memori saya soalan itu bersifat provokasi,kerana apa yang saya coretkan ialah hadis larangan beribadah tanpa dalil,serta beberapa pendapat yang dilontarkan oleh Prof Dr Yusuf alQaradhawi dalam menyatakan permasalahan ini.Saya hanya meminta sekiranya ada dalil,maka ustaz mungkin dapat kongsikan dan pengalaman-pengalaman saya yang menerima daripada sahabat-sahabat saya yang lain mereka tidak faham doa yang dibacakan dan mempunyai hajat sendiri.Namun sayangnya soalan itu telah memakan penulisnya sendiri.
“baik,sekiranya tiada siapa yang mengaku,kita jangan balik(keluar surau)”keadaan semakin bertambah parah.Teringat saya akan peristiwa di MRSM TGB,yang melibatkan sahabat saya,saudara haziq dan raziq yang menimbulkan sedikit ke “gemparan” di surau TGB kerana perdebatan mereka bersama ustaz Azizul.Saya tidak mahu perkara tersebut berulang di sini,namun keadaan menghimpit saya sehinggakan saya langsung tiada pilihan.
“Saya ustaz,saya yang tanya soalan itu..”tangan ini longlai diangkat.Saya tidak mahu “kontroversi” ini menyusahkan orang lain.
Kemudiannya saya ditanya bertalu-talu,dan mungkin tidak keterlaluan saya bagaikan pesalah yang sedang dibicarakan di “mahkamah surau” ini.Namun saya sedar bahawa orang ramai menyaksikan pertarungan yang tidak ingin saya libatkan diri ini,maka saya segera berdalih meminta agar ‘perbicaraan ini’ ditangguhkan selepas solat isyak,yakni sebaik semua pelatih bersurai dari surau.
“ustaz,boleh tak kita sambung selepas isyak,sekarang ini ramai orang”
“kenapa,kamu takut??biar jer kita selesaikan sekarang”
Saya menggeleng-geleng kepala
“tak ustaz,sekarang ini ramai orang,nanti ada yang keliru kerana tak tahu pucuk pangkalnya,dan saya rasa kalau macam ini akan mengaibkan kita berdua sebab bergaduh macam budak-budak”
Ustaz merenung saya tajam,dan saya tahu dia pun menyedari keadaan itu.Lalu segera dia bangun dan meminta ssolat isyak didirikan(waktu dah masuk hampir lebih 10 minit)
Sesungguhnya saya percaya serangan ustaz itu sudah pastinya berbaur perdebatan,dan dalam perdebatan ini satunya,sudah pasti ada yang menang dan kalah(tidak seperti perbincangan) yang bergantung pada penilaian “penonton”.Saya tidak mahu mencetuskan aib atau salah faham sesiapa dan saya sendiri sudah mempunyai pengalaman sebegini,maka langkah yang paling sesuai ialah dijadika pertemuan saya dengan ustaz tidak di khalayak umum,dan resolusinya nanti saya serahkan pada ustaz.
............................................................................................................
Pelajar semua bersurai,namun saya perasan juga ada yang mengerling-ngerling memandang saya,dan ada juga yang seakan menggeleng-geleng kepala seakan menyesal dengan perbuatan saya.Saya tak hairankan mereka.Fikiran saya kusut berimaginasi bagaimana saya akan bertemu dengan ustaz ini.Ingin saja saya terus cabut lari namun hal ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah,malah mungkin saya akan dipandang serong oleh segelintir yang lain.
Maka pertemuan itu pun terjadi.Maka saya terangkan kenapa dan mengapa ibadah tidak berdalil adalah haram di sisi Islam.Saya juga menerangkan bagaimana keadaan di arab dalam tatacara mereka berdoa,dan pendapat al yusuf al qaradhawi serta pegangan imam syafie dalam isu ini.Namun hujah-hujah saya tidak begitu diterima baik oleh pihak ‘kerajaan” dalam perdebatan ini.Mujur saya sudah bersedia dengan fakta-fakta dan hadis(kebetulan saya banyak bawa buku ke kem untuk dibaca).Perdebatan itu berlalu panjang yang akhirnya suasana tegang itu sedikit demi sedikit mula kendur.
“takpalah,nampaknya awak lagi pandai daripada saya,takpalah..saya ni bodoh saja,saya ni imam kampung,mana tahu benda-benda macam ini,ilmu awak tinggi takpalah kalau awak dah boleh menetang amalan ulama’ulama sebelum ini”Bunyinya seakan dia menyindir saya dan mungkin juga merajuk.Ah..saya tidak berani menafsirkan tujuan uztaz berkata begitu,namun itulah yang berbutir di mulutnya.
“ish..ustaz saya bukan maksud macam tu,saya pun naif juga,tetapi saya berkongsi sahaja ilmu yang sedikkit yang saya ada,saya percaya ustaz lagi tinggi ilmu dari saya tapi mungkin ada perkara yang saya tak tahu ustaz tahu dan ada perkara yang saya tahu ustaz tak tahu,so kita berkongsilah..”saya menjawab
Kemudian saya menyambung “saya bukan menafikan apa yang dilakukan oleh ulama’ulama dahulu,tapi apa yang saya cakap ini pun berdasarkan ulama-ulama terdahulu juga,ulama mu’tabar,Cuma kita kebanyakan yang salah faham dan akhirnya menyandarkan kepada ulama’2 dahulu,saya juga bercakap berdasarkan hadis,dan barakah yang terbesar ialah kita mengikut nabi”
“biarlah.awk memang betul,saya ni memang bodoh,awak lagi tinggi ilmu daripada saya kan??saya ni imam kampung saja,lain kali tak payahla awak tanya apa-apa soaln dekat saya,awak tanya tadi pun nak cabar saya kan??tak payah lah,awak lagi pandai,saya ni bodoh sahaja”
Sekali lagi saya tersentak,sudah tiada modalkah ustaz ini.?Saya terangkan bahawa saya tida niat untuk mencabar atau mengaibkannya.Saya hanya berharap ustaz mungkin dapat mencar jawapan tersebut di rumah,di mana-mana kitab den ketemu dengan jawapannya sendiri.Kalaulah benar saya nak aibkan ustaz atau nak “tunjuk hero” saya sudah pasti bangkit sahaja terus dan terus menyerang ustaz bertalu-talu,namun itu bukan caranya.Saya diajar untuk menghormati guru namun dalam masa yang sama saya tidak boleh menyisihkan kebenaran,maka cara yang terbaik saya fikir ialah bertanya melaui kertas tersebut dan merahsiakan identiti saya.Mungkin,harapan saya sekiranya ustaz sudah ketemu dengan jawapan dapatlah mengkhabarkan maklumat tersebut kepada pelatih-pelatih lain,dan secara tidak langsung dakwah saya berjaya disampaikan tanpa lagak “hero” atau sebagainya.Malahan ustaz yang memaksa saya untuk bangun dan mengaku pada mulanya.!!
“Saya harap ustaz faham,saya tiada niat untuk menetang ustaz,sebab saya sendiri yang terheret dalam isu perdebatan ini,sedangkan saya sebolehnya berharap tiada sebarang ketegangan emosi”saya menghabiskan ucapan saya tenang,sungguhpun jantung ini dari tadi terus berdegup kencang tanpa henti.
Ustaz tetap merenung tajam raut wajah saya.Saya mungkin bernasib baik kerana ustaz tidak seperti sesetengah ustaz yang lain yang suka berdalih-dalih dan tidak mahu mengalah.
“Saya mungkin tak dapat lawan hujah awak,awak boleh teruskan apa yang awak nak buat,tapi saya akan teruskan dengan amalan saya”ustaz mulabersuara.
Saya gembira,bersyukur kerana sekurang-kurangnya isu ini selesai juga.
“tetapi..”ustaz menyambung “awak selepas ini tidak dibenarkan bercakap menggunakan mike di surau,tidak dibenarkan bertazkirah di surau,saya tak benarkan”
Tersentak saya,apakah bentuk solusi ini?/bagaimana saya nak menyampaikan dakwah saya nanti??atas sebab apa saya di “gam” seperti ini??saya meminta ustaz menerangkan kenapa saya digam sebegini rupa,namun jawapan yang hanya mampu diberikan ialah “saya ada sebab saya sendiri”.
Ustaz terus meninggalkan saya sendiri masih terpinga-pinga dan hampa kerana medium untuk saya berdakwah dan bersuara telah dikatup langsung tanpa bicara atau apa-apa kesalahan yang disandarkan,Apakah saya akan menyebarkan ajaran sesat??atau akan menceritakan atau menentang ustaz??masyallah..pelbagai persiapan telah saya rangkakan untuk berdakwah dan bersuara di pentas surau itu.Banyak nota-nota yangsaya telah tulis dan program-progrma yang telah saya rancang sungguhpun saya bukan ahli ajk surau.Namun akhirnya saya ‘dibisukan’ tanpa berpeluang untuk membela diri.
Perlahan saya melangkah keluar dari surau.Kemudian terdegar pula suara-suara sumbang yang mencaci.
“kau ni jangan nk lawan ustaz,sesat!!’
“kau sahaja je kan nk tunjuk hebat depan uztaz?”
“da baik ngn bdak2 kristian dah nk jdi murtad dah,nk lwan ustaz dah??”
Mereka langung tidak tahu butir-butir perbualan saya dengan ustaz,mereka hanya mengandai-andai apa yang teradi dan dalam imaginasi mereka sayalah yang sesat kerana title ustaz tiada pada saya.Malah ada Ajk surau yang menyifatkan saya fanatik tasawuf??kerana berdebat dengan ustaz mempertahankan tasawuf??sejak bila saya ber”tasawuf atau bertarikat” sedangkan saya sendiri menentang amalan tasawuf yang bercanggah dengan Al Quran dan sunnah.Begitulah umat kita,mengandai membabi buta namun cerita sebenar langsung tidak diendahkan.Saya pun terpaksa merahsiakan perkara ini kecuali kepada beberpa teman yang rapat kerana saya khuatir akan berlaku ketegangan pelatih alin dengan saya atau ustaz sepanjang kem ini berlangsung
.Begitulah pada malam itu saya bersembunyi merintih sendiri di celahan pohon-pohon berhadapan pantai.Menangis bagaikan kanak-kanak kecil kerana keperitan yang ditanggung.Langsung untuk berbicara dan berjuang,akhirnya diherdik dan di “bisukan” oleh pihak-pihak lain.Patah semangat saya.Saat itu terkenang saya Raziq,Haziq,Ferdaus,Asyraf,Imran Zainuddin,Ilham,wae dan teman-teman seperjuangan dahulu.Tatkala kami bersama sekurang-kurangnya pedih itu boleh dikongsi,dicerita secara bersama.Namun di ceruk Pekan Pahang ini saya keseorangan,tiada teman,tiada lagi rakan komrad yang sedia menghulurkan tangan di saat saya jatuh.Saya harus bangun sendiri,berfikir sendiri,menangis sendiri,dan bergembira sendiri demi segelumit cubaan untuk bersuara.
Namun saya insyallah tidak akan berputu asa,sungguhpun tiada lag teman-teman yang etia dahulu di sisi,kenangan bersama mereka yang menghidupkan api ini untuk terus berdiri,sekurang-kurangnya cuba menegakkan apa yang tumbang,membetulkan apa yang salah sungguhpun perjalannanya dalam menghadapi hari-hari yang akan datang ibarat merentasi laluan bara,panas dan menyeksakan..
Terima kasih teman-teman sekalian,kenanganmu lah ubat kedukaan ini.thank u Allah for giving me such friends.....
2 comments:
Sy suka kaedah imran yg cuba untuk tidak mencetuskan kontroversi. tapi macamna nak buat. sikap mereka begitu.
sepatutnya jagn lihaat satu pndapat sahaja. ambil masa untuk mendengar pendapat yang lain. barulah kita dapat buat justifikasi yg baik.berkenaan isu bid'aah, sy ada lihat pndapat oleh seorang cendekiawan Iraq. pendapatnya lebih kurang sama ngan tradisionalist kita. Berhujahkan hadis yang sahih. ada pendapatnya boleh diterima. cuma banyak hadisnya tidak dilihat dari aspek sababul wurud.. lihatlah sababul wurud hadis (rujkn sy: al-qaradawi dan dr asri).. dan buatlah justifikasi.. (saya tidak mahu memberikan justifikasi saya)
tetapi,jgn pula kita berkeras dgan pendapat kita (ini silap saya suatu masa dahulu). kerana pendapat mereka juga berdasarkan hadis. mereka berijtihad berdasarkan hadis. setiap ijtihad itu ada pahalanya. perlu juga kita hormati mereka. inilah khilaf yang tidak pernah hilang sejak dulu lagi. saya selesa dengan metod salafi (saya tidak mahu berkata tentangnya disini). tetapi ini bukan beerti perbezaan ini menjadi punca permusuhan umat islam.
We're brothers. semoga kita dapt sama2 berbincang dan fahami satu sama lain.
haha..gud2..no gado2..we mslims hate to insult or sowed the seed of hatred within us..because we know our destiny are bond to each other n the real enemies is still out there,laughing at us..
Post a Comment