Nabi Muhammad bukanlah kini hanya dikenali oleh umat Islam,malah dunia kini sudah mula mengenali lelaki agung yang berjaya mempasakkan namanya dalam junktur sejarah dunia sebagai pemimpin mahupun reformer bagi masyarakat Arab pada awalnya sehingga Islam yang dibawakan oleh nabi Muhammad s.a.w telah menjadi agama yang kedua teramai penganutnya di dunia.Namun di sebalik kewibaanya sebagai ikon dan Nabi yang terakhir bagi umat Islam,masih ada “tangan-tangan gatal” yang secara membabi buta dan sewenang-wenangnya bertindak mempersendakan baginda Rasulullah s.a.w.Malahan isu yang timbul baru-baru ini(isu anjuran melukis karikatur Nabi Muhammad secara berjemaah) ini adalah suatu bukti yang terdekat.
Masih lagi saya dapat gambarkan saat saya membaca tatapan berita ini di akhbar Metro(saya tak dapat ingat tarikhnya kerana surat khabar tersebut telah dilupuskan),pemikiran saya melayang mengimbau kembali akan peristiwa yang sama berlaku dahulu di Denmark,Jyllands yang mengakibatkan kemarahan hampir seluruh umat Islam di dunia.Dalam menatapi berita tersebut,saya kehairanan dan seiring dengan itu rasa bimbang dan marah.Hairan kerana dalam pentas moden yang mana slogan-slogan yang lantang memekik bahawa kita sudah sampai ke era “the ultimate civilization” ini masih ada yang yang bersikap kebudak-budakkan,jahil serta sempit pemikirannya.Seperti yang disebutkan oleh Dato’ Hassan Ahmad,mantan pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dalam bukunya:
“Pertama,jelas bagi kita-bukan sahaja orang Islam tetapi orang bukan Islam yang berfikiran waras,berbudaya,dan bertamadun tinggi-bahawa perbuatan tersebut(menghina nabi Muhammad) hanya boleh dilakukan oleh manusia atau bangsa yang tak berbudaya tinggi,manusia yang jahil,yang tak maju”-Dato’ Hassan Ahmad,Ke luar jendela,ms 347
Benarlah apa yang dikatakan oleh beliau,bahawa perbuatan tersebut adalah suatu kebiadapan bukan sahaja bagi umat Islam malah umat lain yang bertamadun juga meletakkan perbuatan ini adalah sesuatu yang jahil, “tak ada kerja” dan hanya memaparkan suatu kebodohan yang jelas.Mereka tahu bahawa Islam meletakkan nabi Muhammad sebagai manusia yang mulia dan sangat disanjungi(sebagai nabi,bukan sebagai tuhan) dan sentimen seperti melukis karikatur ini adalah salah satu bentuk penghinaan kepada baginda,namun “orang-orang terlebih cerdik” ini langsung mengetepikan rasa hormat beragama dengan alasan lapuk yakni kebebasan bersuara yang berselindung di bawah nama hak asasi manusia.Sekiranya ini yang dijadikan alasan mereka,maka nyatalah bahawa mereka masih kebudak-budakkan lagi.
Hal ini kerana hak asasi manusia bukanlah suatu hak yang membabi buta.Malah mengikut sejarah pandangan yang menyatakan bahawa manusia lahir di dunia ini bebas melakukan apa-apa sahaja merupakan pandangan individualistik klasik yang dikembangkan oleh Jean-Jaques Rosseau dalam bukunya Du Contract Sosial(1762).Tetapi dalam buku yang sama,Rosseau mencadangkan supaya kebebasan individu sejati itu perlu dikawal supaya tidak berlaku kebebasan liar dalam masyarakat dan keadaan ini perlu diatasi hanya apabila manusia itu menyerahkan sebahagian haknya kepada kerajaan atau kuasa yang lebih tinggi.Inilah hak asasi yang diterima pakai oleh kebanyakan orientalis-orientalis kontemporari bahawa kebebasan yang termaktub itu mempunyai limitasinya supaya tiada ke “kegawatan” berlaku dalam masyarakat yang pluralisme ini.Seandainya tiada kebebasan yang khusus maka sesiapa boleh membunuh sesiapa,sesiapa boleh menfitnah sesiapa,sesiapa boleh mencaci sesiapa dan saya sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana suasana kehidupan sebegini.Suatu pemandangan yang hodoh dan menakutkan!!
Malah motif “anjuran melukis karikatur nabi Muhammad” ini juga menjadi persoalan.Sedangkan pada pandangan dan pengalaman saya masih belum ada ulama’-ulama’ Islam sepanjang zaman cuba mempersendakan agama lain.Masih belum ada lagi karikatur jesus dilukis dalam bentuk yang menghinakan dan disiarkan di dada akhbar atau buku-buku ilmiah Islam,malah tidak kedapatan lagi wajah atau patung budha yang diperlakukan sehina-hinanya oleh cerdik pandai Islam.Hali ini kerana perbuatan ini adalah perbuatan yang sia-sia dan menyanggahi sikap moral sejagat.Perbuatan mereka ini seharusnya ditentang dan dicaci oleh semua masyarakat(tak kira budha,christian,hindu dsn) kerana mereka dengan jelas(blatantly) memaparkan rasa tidak hormat dalam masyarakat pelbagai agama.Mungkin hari ini Islam menjadi ‘mangsa’ mereka,mungkin esok atau lusa,agama budha atau kristian pula yang dipersendakan.Oleh yang demikian umat Islam dan umat yang mengakui bertamadun berpaksikan moral dan nilai-nilai murni(bukan sekadar materialistik) seharusnya bekerjasama dan mengambil tindakan terhadap kelompok sebegini.
Adapun mereka beralasan seperti yang tertulis di dada akhbar,bahawa umat Islam tidak sporting.Malah dalam beberapa akhbar di barat memaparkan karikatur nabi Muhammad berjumpa dengan doktor pakar sakit jiwa dan bertanya “kenapa nabi-nabi lain ada sense of humour dan saya tidak”.Gambar ini kononnya menjelaskan bahawa nabi-nabi lain yang dilukis(cthnya-jesus) langsung tidak mengundangkan sebarang masalah namun tatkala nabi Muhammad dilukis,umat Islam “naik angin”.Ini satu lagi perkara yang jumud dan sempit dalam pemikiran mereka.Hal ini dapat disangkal dengan menerangkan konsep modesty umat Islam dan agama lain.Dalam ini saya memetik lecture Dr.zakir naik dalam menjawab isu “skirt” yang menjadi trend pemain tenis termasuk pemain tenis India Islam, sebagai suatu analogi ringkas.
“They say that if u r wearing long pants or not-so-tighted shirt will disturb the performance of the athelete.Now i agreed with u,maybe it was proven scientifically..So i am asking,if u do care much on the performance,why dont you just let them naked,nude,so their performance will be better.Logically speaking if you say the attire might disturb the performances so then by letting them nude will be maximised tehir performances.Then i assure you they will answer “no,no,we cannot do that,its will not modest,nude is too much”.Now i will say to them that here it is,u have your own limts of modesty,where u modesty at that level while we the muslim have the modesty at higher level,and your modesty is guided by your thinking,and islam ‘s modesty is under the supervision of the Allah,the god who know better than anything else”
Dalam hal ini saya boleh bertanyakan kepada mereka “adakah dengan melukis Budha bertelanjang menari dangdut itu sporting??” “atau dengan melukis gambar jesus melakukan perkara yang tidak senonoh seperti memakan sampah,seks sejenis(misalnya) itu suatu yang sporting”.Sekiranya gambar-gambar sebegini yang dilukis umat Islam atau pihak-pihak lain ternyata mereka akan mengamuk.Mengapa??merka akan menjawab “itu sudah melampau,sudah melebihi tahap modesty yang sepatutnya”.Jadi begitu juga dengan umat Islam,andai mereka meletakan tahap modesty mereka dalam level sebegitu,maka kami umat Islam meletakkan level modesty kami dengan tahap yang lebih tinggi,lebih strict.Tahap modety Islam ditentukan oleh al kitab Al-quran dan sunnah,suatu kuasa dari tuhan(absolute truth) dan bukan hanya dari kuasa pemikiran(hal ini dibincangkan dengan jelas dalam buku philosophy of science:wetern and islamic perspectives on certai aspect oleh muhammad mumtaz ali).Oleh yang demikian kami umat Islam bukanlah tidak sporting tetapi tahap modesty yang telah kami letakkan dalam kehidupan ini berdasarkan the power of the divine tidak membenarkan kami untuk membiarkan nabi yang agung itu dicerca dan dipersendakan sebegitu rupa.Malahn kami tidak berani untuk mempersendakan agama lain kerana ia dilarang oleh agama.
Oleh yang demikian,sebelum saya akhiri penulisansaya yang serba ringkas ini ingin saya ingatkan bahawa umat Islam hari ini seharusnya tidak termakan jerat musuh.Kita seharusnya tidak terburu-terburu dalam menentang perbuatan ini.Malah kita juga tidak perlu untuk mencaci agama orang lain kerana perbuatan seprti itu tidak ubah seperti kita mengikut jejak langkah mereka yang jumud itu.Dan juga kepada penganut agama lain yang cukup saya hormati,maka isu yang ditimbulkan ini sungguhpun tidak menyentuh agama lain dan dikhususkan untuk agama Islam,namun ada semua juga menyaksikan kecacatan moral yang langsung tidak mampu selari dengan perkembangan tamadun yang bersahsiah maka seharusnya kita mengambil ikhtibar dan bekerjasama antara satu sama lain.
Ps-di sini saya ingin memohon maaf sekiranya tulisan saya ada menyinggung sesiapa dan mungkin cth2 yang saya persembahkan tidak disenangi sesiapa.Bersama dengan ini juga saya tuliskan pandangan dari orientalis2 barat ttg Muhammad,rasul yang terakhir.
3 comments:
aku dah tngok smbutan super hangat kat 'Draw Muhammad Day' dalam you tube..sumpah geram
xper..dyorunk sbnrnyer mmperbodohkan dri sndri,n dlm mase yg sme meninggalkan kiter tnpa plihan untk menentang perkara ini.Tp jgn la smpaikite menentang "aktiviti pelik" dyorunk ini smpai kiter perbodohkan dri sendri..itu yg dyrunk nak..
yg penting kiter ken terus mndesak n mngkritik.
Spatotnya golongan intelektual Islam semua bangkit bersatu n bersuara lantang mengkritik mereka ni secara terbuka sbb suara dyorunk lg brpengaruh.Then kene coop dengan intelek yg non-muslim sbb dyorunk bley drag yg non-muslim untk sme2 join the struggle..
penah skli kt denmark der sorang mnteri nie dyer ngn bangga neyr secara officila dyer ckp nk pkai bju yg der karikatur nabi muhammad s.a.w,then sbb kerajaan denmark trtekan las2 dyer diminta letak jawatan..padan muker,hahaha
Tp my opinion xyah la kowt smpai boikot brgn dyorang n watsoever..sbb yg buat kaco sorang or xramai,then yg innocent tkot trkena skli ble kiter boikot..per2 pown keep struggling.sprti frman Allah surah ankabut:46
"Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah kami patuh dengan berserah diri."
absolute truth... ilmu manusia sentiasa mencari sesuat yang dinggapnya kebenaran. Mereka boleh semakin hampir dengannya. tetapi absolute truth ialah sesuatu yang belum tercapai oleh minda manusia.
seperti ilmu fizik, (Imran mesti lebih tahu) konsep absolute truth seperti the mind of god's theory masih belum sesiapa yang tahu lagi walaupun albert einstein menghampirinya.
contoh yang mudah (sy petik daripada David Bohm & F. David Peat: Science Order and Creativity) bagaimana kita melihat perkembangan falsafah 'motion', daripada falsafah socrates sehingga newton, daripada newton sehingga einstien. Mereka semua menganggap bahawa mereka telah menjumpai absolute truth. tetapi tidak. massih lagi ada perubahan pada theori mereka.
sama juga dengan pemikiran manusia tentang hak asasi. Tuhan telah memberikan sebuah absolute truth. tetapi manusia masih lagi mahu mencari jalan lain. Nescaya lama lagilah mereka untuk menjumpai absolute truth....
Post a Comment