this site provide my view about the world that we live in..

Islam liberal??bhg 1..


Sebagai mukadiimah untuk artikel kali ini,saya kira,perlu untuk saya tegaskan bahawa ruangan kali ini adalah respons saya terhadap artikel yang diterbitkan oleh sahabat kesayangan saya,saudara Haziq Asyraf yang bertajuk “menilai semula alquran dan hadis?”.Saya percaya bagi para pembaac yang sudi boleh ke blog beliau untuk meninjau sendiri padangan beliau tentang permasalahan Islam liberal ini.




............................................................................................................



Sebaik sahaja saya membaca ruangan tulisan kreatif dan ilmiah yang diterbitkan di blog “pemerhatian dan inferens” nukilan saudara Haziq Asyraf,seorang sahabat lama yang cukup saya kenali dengan ketajaman idea dan hujahnya dalam membela Islam di maktab kami dahulu,saya tertarik untuk mengemukakan sedikit respons ataupun pandangan sisi yang mungkin dapat dimanfaati secara bersama.

Dalam post tersebut saudara Haziq melontarkan isu berkaitan dengan ‘islam liberal’ dan disertakan sekali dengan ciri-ciri serta bayangan secara ‘surface’ untuk kita kenali apakah yang ditakrifkan dengan Islam Liberal yang kini mula menyelimuti umat-umat Islam moden yang masih lagi dibuai lena hawa nafsu dan kemunduran.Jadi untuk ruangan kali ini hanyalah untuk saya bersuara bernada sederhana,sekadar mungkin berbicara apa yang tersimpan di dada sepanjang pembacaan saya berkaitan dengan isu Islam Liberal ini.



Marcapada ini,sering kali kita mendengar pekikan-pekikan lantang dari pelbagai pihak terutama pihak berkuasa yang kini ligat memaklumkan kepada kita semua perihal Islam Liberal yang mula perlahan-lahan mencanai corak fikir umat islam kini,khususnya umat di tanah air kita,Malaysia.Malahan sekiranya saya mengimbau semula beberapa episod yang mengisi ruangan kisah persekolahan saya di Mrsm TGB,masih jelas di ingatan saya di mana maktab kami menerima kunjungan dari pihak jabatan agama Islam untuk diperkenalkan pangkalan budaya “islam liberal’ rsama ini.Tetapi dalam kesibukan kita “menyumpah” konsep asing yang mula menari di pentas dunia ini,ramai di kalangan kita langsung tidak jelas sehingga kita sering meludah caci maki yang serba serbi tidak lansung islamik ini kepada insan yang salah.Oleh itu marilah kita singkapkan sedikit rentetan kisah yang mengheret mata-mata dunia untuk mengagung-agungkan Islam Liberal ini.

Secara realitinya istilah liberal itu sendiri bukanlah berdiri sendiri pada asalnya agama Islam yang serba lengkap ini.Sebaliknya istilah ini disebut-sebut secara ketara pada penghujung abad ke-18 atau awal abad ke-19 dalam beberapa siri diskusi di Barat.Namun begitu makna yang disisipkan dalam ungkapan ini tidaklah begitu jelas,sungguhpun saudara Haziq telah pun menyatakan maksud dari segi bahasanya dari “The American Heritage Dictionary of The English Language: Fourth Edition,”,namun secara istilahnya sering diputar belitkan sehingga dalam pelbagai keadaan perkataan ini menjadi mangsa penyalah gunaan.

Namun ada tiga aliran pandangan atau ideologi tentang konsep liberalisme ini apabila meninjau semula junktur sejarah barat pada awal permulaan penggunaan perkataan serta istilah ini.(lihat:Dato’ Hassan Ahmad,mantan ketua pengarah DBP,dalam bukunya “ke luar jendela”,ms 361)




Pertama:pandangan yang menyatakan bahawa manusia lahir di dunia ini bebas tetapi dalam masa yang sama ,manusia tidak boleh lari dari pelbagai sekatan(sekatan politik/agama/dll).Ini merupakan pandangan individualistik klasik yang dikembangkan oleh Jean-Jaques Rosseau dalam bukunya Du Contract Sosial(1762).Tetapi dalam buku yang sama,Rosseau mencadangkan supaya kebebasan individu sejati itu perlu dikawal supaya tidak berlaku kebebasan liar dalam masyarakatdan keadaan ini perlu diatasi hanya apabila manusia itu menyerahkan sebahagian haknya kepada negara untuk dikawal melalui peraturan yang ditetapkan

Kedua:Hak yang bersifat peribadi seperti keinginan untuk makan,melakukan seks,bercakap,bermain,mempercayai tuhan atau tidak ,maka hak-hak ini tidak wajar untuk dijaga di bawah ketiak kerajaan selagi yang tidak menggangu hak orang lain(membunuh/mencuri/menipu/dll)

Ketiga:Aliran ini dapat dikaitkan dengan gerakan anticliricalism atau aliran yang menetanggolongan paderi.Aliran ini merebak di Perancis dan di beberapa negara Eropah lain.Lahirnya aliran ini adalah dari sejarah pertembungan antara kuasa raja dan kuasa gereja yang pada saat akhirnya epik ini,kaum ‘gereja’ kalah,yakni bermakna satu ideologi baru telah ditegakkan yakni berlakunya pemisahan antara aspek agama dan kehidupan.Ini bererti,agama merupakan soal peribadi,hak individu dan tiada konsep veto dalam agama terhada kehidupan.


Sekiranya diteliti semula tradisi liberalisme Barat yang telah dibicarakan sepintas lalu di atas,dapatlah kita melihat penggunaan istilah ini langsung tiada asalnya dalam Islam.Sayangnya golongan pemikir liberal ini sering menggunakan konsep ini untuk membanding-bandingkan agama Islam dengan agama lain atau merumuskan ajaran Islam,dengan kata erti ‘Islam Sebenar” adalah bersandarkan ideologi islam liberal ini,bukan dari pasak Islam yang tulen berdasarkan Alquran dan sunnah

Adapun sekiranya berdirinya perkataan ‘liberal’ itu sendiri,mengikut perspektif saya,pandangan pertama merupakan pandangan yang paling sesuai dan di guna pakai dalam sistem bahasa.Namun pabila merujuk kepada Islam Liberal,iaitu satu konsep atau ideologi,bukan lagi sekadar perkataan,maka aliran ketiga yang dinyatakan di ataslah yang disandarkan pada Islam,secara sedar atau tidak sedar.Hal ini kerana muslihat yang dilakukan oleh musuh islam ini,ternyata satu taktik kotor yang licik apabila mengambil kesempatan terhadap tekanan orang Islam di bawah pengaruh Ulama ortodoks,konservtif dan sampai satu tahap seakan bertuhankan tradisi.



Mengapakah saya berkata begitu?Bagaimana taktik kotor ini mula meresap dalam jiwa sebahagian umat Islam yang dangkal lagi daif ini?Hal ini kerana apabila pada suatu ketika dahulu,saat orang Islam hanya berpandukan ulama-ulama yang ortodoks,yang sentiasa mensusahkan-susahkan agama,membelit-belitkan tauhid dengan ilmu falsafah yunani,sehinggakan begitu sukar rasanya untuk hidup sebagai muslim.Namun dalam saat kesusahan ini,di mana umat Islam tertekan dengan pelbagai budaya-budaya primitif serta memundurkan mereka ini,maka musuh-musuh Islam mula menggula-gulakan kita semua dengan konsep Islam yang baharu,yang lebih mudah dan kononnya sesuai mengikut peredaran zaman.Maka tiada mustahillah alquran dan sunnah dcampak ketepi,lalu dianutinya jaran baru ini.

Ada yang beralasan,bahawa mereka masih lagi mempunyai akidah yang sama,Cuma berlainan mazhab sahaja.Apakah masih lagi ada akidah sekiranya kita mengaku tuhan itu Allah dan Muhammad itu rasul yang mulia namun dalam ketika yang sama kita mencerca dan menafikan warisan yang ditinggalkan oleh Nya??Masyallah..

Adapun antara banyak-banyak senjata mereka dalam mengukuhkan lagi ideologi Islam liberal ini dengan memasukkan elemen pluralisme.Hal ini kerana mereka mendakwa bahawa Islam agama yang tiada toleransi,bersifat eksklusif dan tidak inklusif.Eksklusif ini membawa maksud bahawa agama Islam ini menolak kebenaran agama-agama lain,mewajibkan umatnya beriman dengan apa yang terkandung di dalamnya serta menolak sebarang perubahan atau “pembaikpulihan’ agar agama itu selari dengan zaman.

“pembaikpulihan” dalam agama?saya memtik kata-kata Dr Zakir Naik dalam penghujahannya,di mana beliau menyebut:

“Yes,indeed everything need modification to make sure its reach perfection.And many religion did that but why Muslims reject this idea,??well modification only requires for uncomplete or imperfect religion,and Islams dont need that as Islam itself is perfect.”


Perlu diingatkan bahawa agama itu datangnya dari tuhan,malah hampir semua agama,oleh itu masakan kita sanggup beriman kepada agama yang tidak sempurna sehinggakan perlunya kita mencari modifikasi agar selari dengan zaman ini??ketahuilah Islam itu sempurna seperti yang terkandung dalam bnayak ayat quran.



Saya kira cukup sekadar itu terlebuh dahulu,kerana jam pun telah menunujkkan pukul 1.30 pagi.Malahan saya sering membataskan tulisan saya ini dalam 5 mukasurat sahaja,tidak lebih,Insyaallah saya akan menyambung sekiranya berkesempatan tentang konsep pluralisme yang dikembangkan oleh john hicks,serta masalah-masalah yang timbul dalam penafsiran alquran secara mengikut hawa nafsu ini yang menjadi salah satu komponen penting Islam Liberal..

Sekan............

0 comments:

Post a Comment