this site provide my view about the world that we live in..

Tangan yang digari kerana benar

Dek kerana terlalu sibuk mengisi masa untuk mempersiapkan diri untuk bagi menduduki sesi temuduga jpa di kuantan baru-baru ini,dan kemudiannya bermusafir pula di Bandaraya metropolitan kuala lumpur,hampir berminggu-minggu rasanya telah saya abaikan aktiviti penulisan blog ini sungguhpun pelbagai perkara yang ingin saya catitkan.Namun kesibukan yang memanjang membuatkan saya sentiasa terpaksa menangguhkan hasrat saya untuk menulis sehinggalah untuk kali ini.Alhamdulillah,syukur kepada Nya kerana kesempatan yang diberi.



Sahabat sekalian,



Saya pasti hidup ini bukan sekadar persinggahan yang sepi dan bisu tiada bermakna,namun perjalanan yang dilalui setiap insane sebenarnya merupakan epik yang unggul karya Sang Maha Pencipta.Tolehlah ke belakang dan anda kan lihat setiap seretan peristiwa yang mengekor anda adalah garapan yang sangat sarat dengan makna serta pengajaran yang mematangkan pemikiran yang sedia ada.Namun sedihnya ramai di antara insane-insan dunia hanya tahu mengeluh di kala dipaut bencana,hanya sekadar melompat riang pabila tuah mengena,dan jarang di kalangan kita yang meneliti perkelanaan kita ini dengan mata hati yang terbuka dan menjadikannya pentas untuk mengumpul segala ilmu dan pengajaran yang secara tersiratnya di beri Yang Maha Kuasa.



Sepanjang ‘percutian’ saya di kuala lumpur,saya sempat menghabiskan pembacaan saya tentang sebuah buku bertajuk “long nightmares:17 years as a political prisoner” hasil nukilan jujur Said Zahari,seorang journalist dan aktivis politik yang memaparkan segala coretan kisah hidupnya dalam menjadi ‘tetamu kehormat’ di penjara Changi di Singapura melalui akta yang barbaric iaitu ISA atas tuduhan terlibat dengan komunis dan mengancam keamanan negara.Saya akui karya tersebut merupakan satu bahan bacaan yang menarik dan banyak mengketengahkan segala isi sejarah yang agak bertentangan dengan apa yang saya belajar dalam subjek sejarah dahulu,terutama dalam hal penyatuan tanah melayu dan singapura dalam memmbentuk gagasan Malaysia.Untuk tulisan kali ini saya tidak berminat untuk berceloteh tenttang ideology politik yang dibawakan oleh Said Zahari dan sentiment-sentimen ala-ala “perkauman”yang dibicarakannya melalui kaca mata seorang journalist dan mangsa ISA kerana saya percaya isu-isu tersebut membutuhkan perdebatan intelektual di ruang yang lain,dan bukan di sini.Namun apa yang ingin saya kongsikan ialah tentang bagaimana menjadi suatu tertib dunia masa kini,dapat kita saksikan setiap pejuang-pejuang ideology yang berasaskan prinsip –prinsip intelektual seakan-akan menjadi trend apabila suara dan kritikan mereka yang agak bertentangan dengan majority atau pihak berkuasa akan dilayan dan ditohmah dengan buruk serta menjadi jemputan untuk percutian di ‘hotel besi’.



Said Zahari umpamanya dalam bukunya menyifatkan pelbagai penyiksaan dan penderaan yang mereka terima setelah ditangkap tanpa dibicara dalam ‘operation cold store’ kerana enggan mengaku akan dosa-dosa palsu yang dicalitkan pada wajah mereka.



“It was unimaginable for anyone to be tortured to such extreme simply because he would not betray his comrades. And that was precisely what happened to my new friend(in jail).He told me how he was beaten, punched ,kicked and stepped on mercilessly for days on end during his interrogation. He wasn’t allowed any sleep,and given only a few minutes of periodic “rest”.After they would resume the beatings,continue when he refused to own up some trumped up accusations.”- long nightmares:17 years as a political prisoner,ms 80-81,Said Zahari



Malahan ada di kalangan tahanan yang akhirnya tumpas secara fizikal dan mental mereka sehingga gila dek kerana layanan buruk di ‘Guantanamo Asia’ ini seperti yang disebut oleh Said Zahari dalam bukunya:


“I was deeply disturbed when I witnessed the psychological effects of those who returned from solitary confinements.In a depressed state,they were unable to respond when greeted,unable to eat when prompted. And then,there were those who were unable to sleep.They would lay wide awake,day and night,for days on end,seemingly unaffected in the physical sense but unable to escape the demons placed in their minds by the interrogators.

I had another friends who sat alone in the front of the wall,having “conversations” with the wall. At times he would be seen laughing,at times angry and at times,not expectedly crying.He was not responsive to anything else, but the wall.

Then, there was another who kept for himself.He was different from the rest. Although he suffered from lack of appetite and unresponsiveness, he always smiled to himself. He had the most eccentric behaviour .Every week he would burn his new clothes-trousers,singlets,pyjamas and other clothing-brought by his family from home at his request!!”- long nightmares:17 years as a political prisoner,ms 53,Said Zahari.





Melihat segala luahan dan sejarah hidupnya yang terpaksa mengharungi pelbagai panahan dugaan dalam usaha menyuarakan dan menyalakan api kebenaran dan keadilan di tanah airnya megingatkan saya tentang ramai lago tokoh-tokoh Islam dan dunia dalam memperjuangkan keadilan dan kepercayaan masing-masing.Lihatlah tokoh-tokoh islam seperti Hasan al Banna,Syeikh Yassin,Dr Abdullah Azzam,Syeikh Abdul Hamid Kisk(ulama buta),Sayyid Qutb,Zainab al Ghazalie dan ramai lagi yang sentiasa berselimutkan darah dan tentangan dalam membangkitkan semangat jihad dan kebenaran.



Malahan pernah suatu ketika,semasa di PLKN saya dan sekumpulan pelatih lain diberi peluang melawat penjara dan menyelami sedikit sebanyak tentang kehidupan insan bergelar banduan,fikiran saya sentiasa berlayar merentasi khabar-khabar tokoh terdahulu yang bergelut dengan pelbagai cubaan dan terpaksa menginap di penjara-penjara seperti ini dalam mempertahankan prinsipnya.Malah saya sempat berjenaka dengan memberitahu rakan-rakan saya “korang tengoklah betul-betul,kalau dah takdir mungkin lepas ni korang akan melawat aku pula di penjara,sebab penjara nie macam rumah jek bg geng mujahid,”.



Bukanlah saya cuba menakutkan sesiapa yang ingin berjihad atau berjuang untuk kebenaran tetapi sejarah memaparkan peristiwa yang sebegitu,maka setidak-tidaknya kita sudah sedia maklum bahawa budaya atau tertib dunia tidaklah terlalu berkenan bagi insan-insan yang cuba menegakkan keadilan secara holistik kerana ia akan menjejaskan kepentingan-kepentingan pihak tertentu secara langsung atau tidak langsung.Namun tanpa perjuangan lenyaplah kebenaran yang menjadi nadi kehidupan yang hakiki.

0 comments:

Post a Comment