review:pertelingkahan para sahabat:antara ketulenan fakta dan pemalsuan sejarah>manhaj al tabari
Filed Under : by The President
Sunday, April 25, 2010
Dalam melayari hari-hari cuti sebagai “penganggur bertauliah” di rumah ini setelah meletak jawatan jawatan dari dunia persekolahan,saya sempat menapakkan kaki ke perpustakaan daerah Kemaman ini untuk menghidupkan semula sikap membaca di dalam diri saya ini setelah lama ia di‘belasungkawa’kan dari jiwa kecil ini dek kerana kesibukan yang memanjang dalam mempersiapkan diri untuk “bertempur” dengan peperiksaan Spm dahulu.Masih jelas terpahat dalam junktur memori saya bagaimana saya sanggup meninggalkan kesronokan beriadah bersama rakan untukbersiap awal untuk menggunakan masa berbaki sebelum azan maghrib dikumandangkan untuk membaca buku-buku(selain buku akademik SPM) yang ada dalam koleksi saya.
Namun dalam ruangan untuk kali in saya tidak bercadang untuk menulis sebarang coretan kisah lama yang mencorakkan kain putih perlayaran hidup ini,sebaliknya saya ingin berkongsi sedikit fakta yang pada hemah saya perlu untuk dimanfaati dan di sampaikan kepada umum untuk kemaslahatan bersama.Buku ini “pertelingkahan para sahabat:antara ketulenan fakta dan pemalsuan sejarah,”karya Dr Asri Zainul Abidin,seorang pemikir umat Islam tanah air yang cukup dikenali oleh warga tempatan kerana keberaniannya dalam menyuarakan pembaharuan tajdid dalam Islam(rujuk maksud tajdid,sekiranya masih belum jelas di laman web drmaza.com).
Secara ringkasnya buku ini mengketengahkan bagaimana begitu banyak fitnah yang telah dilontarkan kepada para sahabat rasulullah s.a.w yang pada era kini telah sebati dan ditelan mentah-mentah oleh golongan masyrakat dan ustaz-ustaz yang mungin tidak terlalu berhati-hati dalam memeriksa kesahihan fakta dan sejarah.Antara isu-isu yang disebut ialah tentang pendirian ahli sunnah wal jamaah terhadap para sahabat yang cukup berbeza dengan pegangan syiah rafidah,fitnah khalifah uthman,ali,muawiyah serta perang sifin dan sebagainya.Namun untuk kali ini,setelah meneliti isikandungan buku ini,saya bercadang untuk menulis tentang manhaj al-tabari yang menjadi rujukan umat Islam dala sejarah dan mengapa percanggahan fakta berlaku dalam karya al-tabari agar dapat memahamkan kita apa yang berlaku dan tidak terikut-ikut golongan orientalis dan musuh-musuh Islam dalam mencedok segala isikandungan karya al-tabari tanpa usul periksa.
MANHAJ AL-TABARI
1.Kedudukan para sahabat.
Ahl al-sunnah telah meletakkan kedudukan sahabat dalam sejarah Islam dalam kedudukan yang tinggi dan sepakat ahl-al sunnah,tidak perlu sebarang keputusan daripada sesiapa dalam menetukan ‘adalah’ yakni keadilan,sikap para sahabat.Hal ini kerana rasulullah telah mengiktiraf darjat tersebut buat mereka dan kedudukan mereka telah banyak dibuktikan oleh sekumpulan hadith dan ayat Al-Quran(saya akan membincangkan di lain artikel).
Menurut ibn Salah
“Umat telah bersepakat dalam memutuskan keadilan kepada para sahabat Rasulullah,termasuk mereka yang terlibat dalam pertembungan sesama sendiri.Ini seolah-olah Allah menentukan ijmak dalam perkara ini disebabkan mereka adalah penyampai syariat Allah”(lihat:Ibn Salah,Ulum al hadith,ms 290)
Malahan Abu Zur’ah menegaskan:
“Apabila engkau melihats seseorang yang mencerca sesiap daripada kalangan sahabat rasulullah s.a.w,maka ketahuilah bahawa dia adalah zindiq(kafir yang berpura-pura).Ini kerana rasul itu benar,al quran itu benar dan apa yang didatanginya adlah benar.Kesemua ini telah disampaikan kepad kita oleh para sahabat.Justeru,mereka yang ingin mempertikaikan para sahabat sebenarnya mempertikaikan alquran dan al sunnah”(Ibn Hajar al Asqalani,Al-isabah fi tamyiz al sahabah,jil 1,ms 7)
Sekiranya begitu maka mengapa ada sejarah yang mengatakan perihal keburukan para sahabat??teruskan membaca..
2.Tarikh al umam wa al muluk@tarikh al tabari
Walaupun kedudukan para sahabat tinggi,namun masih terbit kisah-kisah yang dimuatkan dalam buku-buku sejarah yang seakan digambarkan bahawa ketika rasulullah hidup,para sahabat hidup bertepatan dengan syarak namun setelah kewafatan baginda,para sahabat mula hilang kawaln dan menjadi jahilliyah semula.
Sebenarnya kebanyakan kitab-kitab yang memuatkan kisah-kisah para sahabat,baik yang buruk atau pun baik bersumberkan kitab Tarikh al umam wa al muluk@tarikh al tabari.Persoalannya mengapa polemik ini boleh berlaku sedangkan penulisnya, seorang tokoh Islam yang terkenal,iaitu al Imam Abu Ja’afar Muhammad ibn Jarir al Tabari.Beliau adalah seorang thiqqah(dipercayai) lagi benar,imam dalam bidang tafsir,fikh dan masalah ijmak dan khilaf.Seoarang yang pakar dalam bidang qiraat dan juga bahasa Arab(al-humsa,Tazhib siyar a’lam al nubala,jild 1,ms 28).
Malahan Tarikh al umam wa al muluk@tarikh al tabari ini dianggap sebagai sumber rujukan Islam yang paling awal dan terdahulu(Muhammad Fathi ‘Uthman,Al-Madkhal ila al-tarikh al silami,ms 162).Maka disebabkan itu bahan-bahan sejarah yang ditulis selepasnya banyak bersandarkan kepadanya.
3.manhaj al tabari
Hendaklah diketahui bahawa setiap berita yang disampaikan dan diceritakan hendaklah memastikan kesahihannya terutama apabila ia melibatkan agama Islam.Hal ini kerana apa yang berlaku apda zaman sahabat tidak disaksikan sendiri oleh ahli sejarah.al tabari sendiri tidak hidup pada zaman berlakunya persitiwa yang diriwayatkannya tetapi beliau meriwayatkan peristiwa tersebut hanya berdasarkan maklumat yang disampaikan kepadanya.Pendirian ini jelas disebut dalam ayat al quran surah al hujurat,ayat 6:
“Wahai orang-orang yang beriman!sekiranya datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita maka periksalah dengan teliti,agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengatahui keadaannya menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu”(al hujurat:6)
Berdasarkan tuntutan itu maka wajiblah umat Islam untuk memeriksa danmeneliti setiap berita yang memburukkan para sahabat terutama dalam kitab tarikh al-tabari.Namun mengapa terdapat riwayat-riwayat yang mengisahkan keburukan sahabat dalam kitabnya sungguhpun dia disebut thiqah(dipercayai)??Hal ini kerana ramai yang tidak memahami kaedah dan tujuan isikandungan kitab tersebut.
Dalam kitab al-tabari, al Imam Abu Ja’afar Muhammad ibn Jarir al Tabari yakni penulisnya telah mengariskan penerangan yang sering dipandang enteng segolongan pihak,di mana beliau berkata:
“Apa yang terkandung dalam kitabku ini tentang sebahagian orang yang terdahulu.Antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya berasa benci atau pendengarnya berasa jelik.Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu yang hakikat.Maka hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripadaku,tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikannya kepadaku.Aku telah meriwayatkannya seperti yang disampaikan kepadaku”(al tabari,tarikh al tabari,jil 1,ms 8)
Kenyataan ini menjelaskan bahawa isikandungan kitab tersebut mempunyai pelbagai kontardik kerana tugas al tabari hanya meriwayatkan apa yang disampaikan kepadanya,tanpa menyemak kedudukannya.Hal ini kerana tujuan al tabari membukukan kisah-kisah tersebut adalah untuk memudahkan goongan selepasnya memeriksa sanad dan kedudukan berita yang terkandung di dalamnya.Dalam erti kata lain isikandungan kitab tarikh al tabari itu tidak disemak sanad dan kesahihannya oleh al tabari sendiri kerana tugasnya hanyalah untuk merekod segala kisah yang di sampaikan kepadanya untuk dikaji golongan akan datang.Malahan dalam setiap berita yang dibawakan olehnya dicatatkan dengan teliti segala periwayatnya untuk memudahkan ulama-ulama mencari dan mengkaji kedudukanya.
Kata Muhammad Fathi ‘uthman :
“Al tabari telah memasuki medan sejarah menerusi pintu(disiplin) hadith dan tafsir iaitu beliau menganggap peristiwa-persitiwa sejarah(didiplinya) adalah sama seperti hadith-hadith Nabi s.a.w dari segi periwayatannya.Setiap berita mesti disanadkan kepada pembawanya danmesti diikuti rangkaian sanadnya sehingga kepada beritanya yang asal.Ini kerana sanad adalah satu-satunya bukti dlam menentukan kesahihan riwayat atau sebaliknya.Oleh itu al tabari begitu berhati-hati agar setiap riwayat disandarkan kepada pembawanya.Di samping itu,beliau turut menyebut silsilah sanad dalam setiap keadaan .Justeru,kita dapati kebanyakan riwayat al tabari bercanggah antara satu sama lain.Oleh itu kita mestilah melihat setiap riwayat yang diriwayatkannya itu dengan berhati-hati dan mengkajinya.”( Muhammad Fathi ‘uthman,al madkhal ila al tarikh al islami,ms 167)
Di atas dasar ini slogan al tabari ialah: “keputusannya terletak pada perawi”( .”( Muhammad Fathi ‘uthman,al madkhal ila al tarikh al islami,ms 167)
Salah ‘abd Fattah al Khalidi dalam membahaskan manhaj al tabari,beliau menjelaskan:
“Mereka juga tidak mentakhrijkan riwayat tersebut dan menjelaskan kedudukan perawinya.Namun begitu mereka meriayatkan riwayat –riwayat tersebut secara bersanad.Mereka juga menyebut perawi-perawi bagi setiap sanad.Selain itu mereka juga menyebut bagi sesuatu kejadian itu,berbagai-bagai riwayat yang berulang-ulang,bercanggah dan bertentangan antara satu sama lain.Ini bukanlah bererti adalah kehendak mereka adalah untuk berpegang,mempercayai dan menerima kandungannya,tetapi yang menjadi tujuan mereka ialah menunaikan amanah ilmu.Inilah faktor yang menyebabkan emreka mencatat dan menulis setiap berita yang disampaikan kepada mereka sama ada riwayat itu benar atau dusta,betul atau salah”( Salah ‘abd Fattah al Khali,Qabasat Tarikhiyyah,ms 7)
Maka telas jelas bahawa percanggahan dan kekeliruan yang timbul dalam riwayatal tabari bukanlah berpunca atas kelalaiannya,sebaliknya al tabari telah menjalankan tanggung jawabnya dalam menghimpunkan segala sanad dan perawi-perawinya untuk kita menjalankan kajian terhadapnya.
Namun apa yang berlaku kebanyakan kitab yang cuba memburukkan para sahabat hanya mencedok sahaja tanpa langsung memeriksa kesahihan berita tersebut dan pandangan ulama hadith dan sejarah dalam menentukan status kisah yang di bawa dengan mengemukakan alasan bahawa al tabari adalah disebut thiqah(boleh dipercayai) oleh ulama’.Dengan mengabaikan method yang telah digariskan oleh al tabari sendiri maka ramai orang teripu dan mula bersangka buruk terhadap para sahabat.
Kata Muhibb al din al Khatib:
“....tarikh al tabari menyebut peristiwanya dengan disanadkan kepada perawin-perawinya.Di kalangan mereka ada yang benar dan ada pula yang pendusta.ahli sejarah yang mengetahui keadaan perawi-preawi ini dapat membezakan antara benar dan palsu.Adapun mereka yang tidak mengetahui ilmu sanad,mereka akan sesat dengan kesesatan yang jauh apabila mereka mebaca tarikh al tabari”( Muhibb al din al Khatib,Ta’liqat al ‘awasim min al Qawasim)
Oleh yang demikan saya berharap berhati-hatilah apabila anda terbaca akan kisah-kisah buruk para sahabat terutama yang di ambil secara membuta tuli tanpa sebarang penapisan dari kitab tarikh al tabari.Berikut adalah senarai periwayat yang lemah dan tidak boleh dipercayai tetapi telas meriwayatkan beratus-ratus kisah dalam kitab tarikh al tabari oleh ulama’ muktabar.Kemungkinan saya akan menyambung lagi penulisan saya tentang mengapa dan di mana kedudukan periwayat-periwayat yang lemah ini untuk memudahkan kita,namun untuk kali ini biarlah saya menyenaraikan nama-nama mereka sahaja dahulu.
1.Lut ibn yahya@abu mikhnaf
2.Hisyam ibn muhammadibn al sa’ib al kalbi@ibn al-kalbi
3.muhammad ibn ‘umar al waqidi@al waqidi
Sebelum itu ingin saya tegakan bahawa segala isikandungan buku ini bersumberkan buku dan kajian dr asri yang dimuatkan dalam karyannya “pertelingkahan para sahabat:antara ketulenan fakta dan pemalsuan sejarah,”.saya hanya bertindak untuk menyampaikan dan berkongsi apa yang ada.Harap sebarang kealahan dapat dimaafi..
0 comments:
Post a Comment