this site provide my view about the world that we live in..

my methodology in analysing the issue


Di saat saya menulis artikel ini jam telah pun menunjukkan pukul 2.52 pagi.Sungguhpun saya telah cuba melelapkan mata dan cuba mencari kelenaan tidur di sebalik ketenangan malam ini,mata yang serba jujur ini tetap bernada segar untuk ber ‘operasi’.Seluruh kedegilan mata ini dapat saya simpulkan adalah dari kegagahan penangan secawan nescafee yang sempat menjadi hidangan malam ‘supper’.Sedang semua lena dibuai mimpi pada saat ini,saya terpaksa berjaga menurut permintaan mata yang tak mahu mengalah untuk berehat.




Sejujurnya saya langsung tidak merancang untuk menulis apa-apa yang penting pada wwaktu ini,terutama tentang sesuatu yang bersifat ilmiah.Namun dalam pergelutan saya untuk cuba memasuki alam mimpi(sayangnya gagal),fikiran saya sempat melayang menilai metodologi ilmu yang merangka pemikiran saya selama ini dan tidak semena-mena saya cuba membanding-bandingkan dengan cara berfkir rakan saya yang lain terutama mereka yang berada di MRSM TGB.



Oleh yang demikian,tulisan saya kali ini hanya memuatkan sedikit muhasabah diri yang telah saya renungkan dan kerangka pemikiran saya dalam menilai dan memproses idea-idea baru terutama dalam isu-isu kritikal.Dan di kesempatan ini saya juga ingin memohon maaf sekiranya tulisan ini sedikit longgar dan mempunyai cacat celanya di mana-mana melalui kaca mata pembaca yang dikasihi sekalian kerana saya bangkit pada awal hari ini bertindak menulis secara spontan dan langsung tidak dirancang dengan rapi.



Apabila merenung kembali coretan-coretan kisah hidup di TGB saya berasa cukup bertuah,kerana dapat diketemukan dengan pelbagai manusia yang cukup intelek dan berfikiran kritis,terutamanya Haziq,Raziq,Ferdaus,Ilham,.Imran Zainuddin,Acap,Wea, dan ramai lagi yang masing-masingnya mempunyai peribadi dan corak pemikiran yang tersendiri serta unik.

Malahan masih jelas dalam ingatan saya bagaimana kami(saya,raziq,haziq,ferdaus,Acap) akan duduk di partition-partition tertentu yang menjadi ‘port’ kami setiap malam dan setiap kali pertemuan akan ada sahaja pelbagai topik dan isu yang dihidangkan untuk sama ada untuk dibincangkan atau mungkin sehingga ke tahap perdebatan.Saya biasanya merupakan insan yang tidaklah banyak bersuara sebaliknya lebih setia mendengar dan berfikir dalam setiap hujah yang dilontarkan.



Namun pertemuan-pertemuan seperti ini tiada lagi bersidang apabila dunia persekolahan telahpun sampai ke penghujungnya,tetapi sampai hari ini perasaan rindu saya untuk sekali lagi menyaksikan orang-orang hebat ini bersidang tidak pernah luput kerana pertemuan sebeginilah yang mula membuka fikiran saya tentang dunia yang lebih luas.Melihat kelimuan mereka,Haziq,Raziq,Acap dan lain-lain saya ternyata insan yang kerdil dan hingusan.



Namun dek kerana persahabatan kami inilah saya sempat menjenguk dan mengkaji sedikit sebanyak cara dan corak pola pemikiran saya dalam mengkaji setiap isu yang dilontarkan



Dalam perkelanaan saya di TGB sebagai seorang pelajar dan penuntut,saya sering melabelkan diri saya seorang pemikir yang lambat dan terlalu cerewet.Saya tidak pasti tentang bagaimana sahabat-sahabat lain menilai diri saya tetapi setelah mencerminkan diri dalam muhasabah yang panjang ungkapan ‘pemikir yang perlahan’ adalah sangat sesuai dengan saya melalui pengamatan diri saya sendiri.Namun suka untuk saya ingatkan bahawa apabila di sebut ‘lembap/lambat/perlahan”,perkataan ini tidaklah hanya boleh dikaitkan dengan sesuatu yang negatif sahaja kerana pada hemah saya pemikiran saya yang bercorak sebegini ada pro dan kontranya dalam menjadi pemacu pemikiran dan penjana dasar-dasar keilmuan,dan perkara inilah yang menjadi pokok perbincangan saya dalam tulisan kali ini.

Setelah diteliti,saya melihat bahawa istilah ‘lambat’ yang dilabelkan pada pemikiran saya ini boleh saya kaitkan dengan sikap saya yang apabila dituju akan sesuatu soalan atau satu statement,maka kecenderungan untuk timbul lebih banyak soalan yang berkaitan lebih tinggi dari usaha untuk menjawab atau mengkomen setiap persoalan dan kenytaan yang dilontarkan.Umpamanya soalan seperti “pada pendapat anda,apakah batu dapat memecahkan kaca sekiranya dibaling pada kelajuan 55km/h”.Apabila soalan seperti ini diajukan,jawapan yang dibutuhkan hanyalah “ya” atau “tidak” dan disertakan dengan alasan-alasan tertentu,namun perjalanan fikiran saya kan membawa menyemak terlebih dahulu apa itu batu??sungguhpun sudah kenal batu secara lahiriahnya,namun saya kan sedaya upaya mengcungkil definisi yang tepat untuk istilah ‘batu’.Kemudiannya saya mula mengembara mencari jawapan bagi persoalan bagi jenis batu yang digunakan,saiz batu,mengapa batu dan soalan-soalan yang kaitannya sedkit jauh untuk menjawab soalan yang cukup mudah.



Sebab itu saya cukup kurang yakin apabila mendengar diskusi ilmu yang menyifatkan tentang sesuatu sebagai contoh manusia dan sebagainya.Sebagai contoh saya petik ucapan(mengikut pemahaman saya) dari Roy dalam diskusi saya bersamanya tentang konsep senioriti..



“Bagi aku senioriti ni penting,n memang patut kita terapkan pun dalam budak-budak nie,bkan aper..manusia ni,sekarang nie bukan boleh dibentuk dengan cara lembut,kau try la buat cara lembut,comfiarm xmkannyer..per2 hal pun kne gak kekerasan sket...bukan untuk per..tapi sebab diorang nie da keras taw.cam kulit kura-kura tue,klu pkai ayat jek maner jalan bro..”



Lebih kurang begitulah kata-kata Roy nie ketika kami berdiskusi perkara senioriti ini.Dalam fikiran saya perkara utama yang menjadi isu ialah ‘betulkah orang sekarang sudah keras??betulkah kekerasan boleh melembutkan yang keras??dan apakah kulit kura-kura itu betul-betul sekeras yang disangkakan??”dan kadang-kadang saya akan mula bertanya juga kura-kura jenis apa yang disebutkannya itu.



Inilah jenis pemikiran saya yang agak implisit dan skeptikal pada waktu di Tgb dahulu.Hal ini kerana saya percaya kebanyakan dari kita tidak menilai pengalaman yang menjadi saksi kenyataan kita itu dengan baik dan membiarka pengaruh perasaan kita menggangu penilaian kita.



Sebagai contoh:



Saya suka makn nasi lemak,apabila nampak sahaja nasi lemak saya kan pasti boleh melantaknya dengan berpinggan,

Namun suatu hari saya telah ditinggalkan kekasih,maka mood saya saya sangat sedih..dan bila saya nampak nasi lemak sekalipun,saya tak berselera nak makan,walaupun itu makanan favourite saya.



Persoalan timbul apa kaitannya dengan putus cinta dengan justifikasinya menilai kesedapan nasi lemak???kenapa boleh berubah dengan serta merta,bahkan lidah pun berasa kurang enak apabila menjamah nasi lemak tersebut???adakah perasaan sedih yang langsung tiada kena mengena dengan makanan itu mempengaruhi justifikasi kita??



Contoh mudah ini mungkin tidak mampu menerangkan secara jelas arguement ini tetapi inilah konsep asal yang saya fikirkan sehingga timbulnya arguement-arguement ini.



Malah dalam kehidupan harian kita juga,mungkin di saat kita membaca buku yang mengkritik tentang corak pemikiran orang melayu yang jumud dan pemalas,dan kemudiannya kita disajikan pula pemandangan seorang pelajar melayu yang duduk dihadapan kita pada waktu itu sedang tidur,dan merungut dan mencaci sekolah dan peperiksaan membuatkan kita berkonklusi umat melayu memang malas???ataupun dalam suatu keadaan yang lain kita berang melihat sepasang manusia berdating,dan kemudiannya diberitahu oleh seorang pakar psikologi tentang ramai remaja kini yang ramai sudah mempunyai masalah sosial membuat kita segera berkonklusi bahawa sememangnya memang ramai remaja kini sudah banyak berdating,atau mempunyai masalah sosial???



Dalam hal ini saya kan bertanya atas dasar apa konklusi ini diterbitkan,??anda baru melihat sepasang couple atau seorang individu pemalas dan anda terus berkonklusi yang melibatkan masyarakat??adapun yang berkata berdasarkan pengalaman mereka sendiri yang sudah melihat banyak orang seperti ini(pemalas atau couple) maka sedar atau tidak kita tidak pernah menetapkan kadar yang jelas tentang “banyak” itu..adakah 2 org dikira banyak??atau mungkin 5 org br dikira banyak??atau mungkin 10??20???100??adakah dalam menentukan justifikasi yang menghukum masyarakat ini ada ketetapan daro segi bilangan??adakah dalam mengeluarkan statement itu anda membilang kadar mereka(orang pemalas dan couple) itu sepanjang 18 thun anda hidup??atau 19 thun atau sepanjang hidup anda???adakah anda betul2 mengira kerana sekirnya anda tidak mengkaji perkara ini atas dasar apa anda menghukum atau mengeluarkan kenyataan itu??...dan dalam persoalan itu pula sesudah anda mengira,apakah releven bilangan yang anda tetapkan itu melambangkan seluruh masyarakat???



Adapun kalau anda perasan persoalan-persoalan ini sebenarnya merujuk kepada pencarian sesuatu yang certain,malah ada yang berpendapat kalau begitulah keadaannya terpaksalah kita bertanyakan seluruh penduduk malaysia untuk mengeluarkan sesuatu kenyataan dalam menyifatkan sesuatu masyarakat.bukankah itu menyusahkan??



Maka sebenarnya untuk mencari certainity dalam semua perkara dalah mustahil,dan tidak perlulah untuk bertanya akan seluruh rakyat malaysia untuk hanya menjawab soalan “malaskah rakyat malaysia” kerana saya sendiri tidak berharapkan sesuatu yang certain dalam sesuatu pengiktirafan tetapi perlunya kerangka yang jelas dalam melayari pemikiran kita,.Methodolgy dan laluanya perlu mempunyai garis panduan dan ketetapan yang relevan agar penilaian kita bersebab dan tidak tertipu dengan perasaan



Saya percaya ramai yang tidak memahami atau pun bercanggah idea dalam hal ini,malahan sampel kes yang saya berikan itu pun kurang jelas dan tidak kukuh,namun ungin saya tegaskan bahawa inilah bentuk pemikiran saya DAHULU semasa di TGB(sehingga kadang-kadang pening berfikir).Saya juga langsung tidak merancang kata-kata saya dengan baik menyebabkan keterangan yang dilontarkan agak berterabur namun harapan saya tidaklah mengharapkan orang ramai memahami sudut pemikiran ini kerana ruangan kali ini pada saya lebih bersifat luahan dari hati saya tentang fenomena yang pernah melanda saya dahulu.Saya mungkin akan menulis kembali perkara yang sama dengan lebih terancang untuk kemaslahatan bersama.



Imran rasid..jam 4.37 pagi

2 comments:

Anonymous said...

askm....sjer jer nk try nieyh..

Anonymous said...

test skli lg..

Post a Comment