this site provide my view about the world that we live in..

KAYA SEGAN MISKIN TAK MAHU


Adapun peribahasa melayu menyebut “hidup segan,mati tak mahu” yang signifikasinya memnyindir segolongan penduduk dunia yang yang terperangkap anatara dua pilihan yang sentiasa mematikan akal mereka,yang akhirnya lebih suka berdiam diri dan berpeluk tubuh sahaja tanpa mengambil sebarang langkah untuk maju.Namun apabila meninjau sitkom masyarakat kita dewasa ini(terutama masyarakat melayu muslim),saya terasa geli hati membaca tulisan Tan Sri Muhammad Ali Hasyim di helaian akhbar Metro hari ini yang memanipulasikan peribahsa ini kepada bentuk yang lain dalam menjelaskan satu pola pemikiran yang menenggelami umat melayu hari ini.Katanya:




“Jika perumpamaan melayu lama menyatakan ‘hidup segan mati tak mahu’ keadaan orang melayu dan muslim hari iniboleh diumpamakan ‘KAYA SEGAN MISKIN TAK MAHU’”-Lihat Metro,22 april 2010.ms 20



Ya,kaya segan miskin tak mahu,sekiranya diselidiki ada benarnya ungkapan ini mungkin ungkapan yang jelas dalam menghebahkan dilema yang menerobos umat melayu muslim hari ini.Sama ada kita ingin mengakuinya atau tidak hal ini tidak disangkal lagi telah tumbuh dan menjadi saksi bagi statistik yang dikeluarkan kerajaan tentang betapa rendahnya ekonomi orang melayu muslim di Malaysia.Namun yang paling menyedihkan dalam saat bahtera ekonomi ini dilambung badai,masih ada di kalangan kita menunding jari pada kaum-kaum lain,terutama kaum cina kerana ‘ketamalkan’ mereka memonopoli ekonomi seakan-akan kita ini ditindas.Saya sering bertanya ‘ketamakan’ yang bagaimana yang dimaksudkan mereka itu??Adakah ketamakan itu ditujukan kepada peniaga-peniaga yang berhempas pulas bekerja memastikan perniagaan mereka maju??Oleh yang demikian,saya ingin mengajak insan-insan yang sudi untuk menjenguk sebentar cermin dan lihat di mana silap kita dalam hal ini.





‘THE MOST IMPORTANT THINGS IN MATERIALIZING YOUR DREAM IS TO WAKE UP”



Saya masih ingat lagi sewaktu menyemak senarai quote dalam komputer di bilik gerakan BWP untuk digunakan dalam montaj batch(klu tak silap saya) pada suatu ketika seakan ada suatu kuasa magnet yang menarik tumpuan saya untuk menatap sebaris ayat ini “The most importang things in materializing your dream is to wake up”.Melihat ungkapan ini membuat saya tersenyum seorang.



Sememangnya benar bahawa bermimpi atau mencipta impian untuk berjaya dalam sesuatu merupakan satu elemen yang cukup pentting.Malahan Prof Dr Yusuf al Qaradhawi dalam menjawab kritikan sayyid yassin terhadap kertas kerjanya “membangun ummah suatu kenyataan,bukan khayalan” turut menegaskan bahawa tidak salah untuk mempunyai cita-cita yang kemudiannya menjadi garis panduan dalam mencorakkan langkah-langkah bagi merealisasikan cita-cita tersebut(lihat buku:membangun ummah-suatu kenyataan bukan khayalan,karya Prof Dr Yusuf al Qaradhawi).



Namun apabila kita mnenoleh pada umat melayu,pada hemah saya umat kita ini bukan sahaja tidak mampu untuk ‘bangun dari mimpi’ untuk memacu bangsa supaya lebih maju,malahan mereka ini tidak berani pun untuk bermimpi dan bercita-cita tinggi.Masakan kita selalu mengeluh tiadanya jutawan melayu sedangkan tiada sesiapa pun yang berani menyahut cabaran untuk mempasakkan cita-citanya sebagai jutawan??adapun pak cik-pak cik warung kopi yang ‘membebel’ akan ansib bangsa tidakpun berganjak dari kerusi warung untuk menyahut seruan bangsa.Usia bukanlah penghalang untuk bernada bakti,tetapi mentaliti kita sendiri yang memenjarakan dan menggarikan kaki-kaki kita dari terus maju.



Pernah suatu ketika saya bertanya kepada salah seorang sahabat saya di MRSM:



“Nanti ko nk jdik per ble da keje esk??’
“xder...aq ingat nak apply jadik cikgu jer..senang”dengan selamba dia menjawab namun dari sudut pengamatan saya nadanya cukup yakin.

“Ok la tue...tp knaper x jdik lecturer ker,or xpun bisnessman,per2 la yang kaya skit”saya sengaja menduga sahabat saya ini untuk melihat sejauh mana cita-citanya yang telah dipasakkan dalam hidupnya.

Namun soalan itu seakan menjahit mulutnya buat seketika waktu.Pandangannya hanya mampu tunduk menatap lantai,keliru dan terpaku.
“aku bukan xnak jadi pe2 yg ko ckap tu im,ikutkan aku nk jadik bssnessman...kaya raya,siap ader banglo..ttapi aq berpijak pada pentas realiti la..aq nie pmalas sket..blajar pown xpndai,aq da usha dah..tp mrkah truk gak..so baik jadik ckgu jer..sesuai dengan level aq...kne terima realiti beb..”


Masyaallah..pentas realiti mana yang sebenarnya dipijak menjadi tanda tanya saya.Adakah pentas realiti yang diciptakannya sendiri dengan dikelaskan dengan standard yang begitu rendah???

Inilah yang terjadi pada pengamatan saya bahawa ramai nagkatan-angkatan sebangsa dan segenerasi ini tidak mampu untuk untuk berdiri melaungkan cita-cita dan target untuk mencorakkan masa hadapan yang tinggi kerana dibayangi dengan kelemahannya pada waktu ini.Mereka sering menjadikan sikap mereka hari ini sebagai ukuran bagi membentuk sebuah impian. “Jika hari ini aku seorang yang pemalas,maka eloklah aku bercita-cita untuk menjadi seorang pekebun sahaja”..Tidakkah mereka boleh mengubah diri mereka untuk menjadi insan yang lebih baik??Bukanlah niat saya untuk menghina pekerjaan yang sebegitu.Guru mahupun pekebun adalah pekerjaan yang mulia,namun persoalannya perlulah kita menyewa ruang dalam hidup kita untuk mengisi profession-profession tersebut di masa hadapan hanya kerana kita ini pemalas pada usia yang muda sungguhpun jauh dari sudut hati kita ada profession yang lebih baik dan lebih kita inginkan tetapi takut untuk megisytiharkannya?????



Saya sering mengingatkan rakan-rakan saya bahawa construct ur dream first,wish anything u like,then evaluate yourself,if u look at yourself far from what your target desire,then there are still plenty of time to change yourself.



Sahabat-sahabat sekalian.



Adalah menjadi impian saya untuk melihat rakan-rakan seangkatan dengan saya supaya mempunyai cita-cita yang tinggi berdasarkan miant masing-masing,dan janganlah sesekali takut untuk bermimpi sesuatu yang tinggi dan jauh,kerana sejarah telah membuktikan ramai orang yang pada asalnya hanya bermimipi dan berangan-angan namun mereka sentiasa berusaha dan angan-angan tersebut akhirnya termaktub menjadi kenyataan.Sungguhpun apabila melihat diri kita dalam cermin,begitu banyak kekurangan dan sikap-sikap kita yang tidak selari dengan kehendak cita-cita,maka jangan lah jadikan ia sesuatu yang membunuh segala impian yang ada sebaliknya cubalah untuk berubah dan berusaha sebaik mungkin dan terus bermimpi.Kita seharusnya sedar bahawa dalam usia yang muda sememangnya kita banyak dalam kealpaan namun dengan menyedari hakikat itu janganlah kita berputus asa dan terus menyerah kalah dengan melepaskan keinginan untuk bermimpi sesuatu yang tinggi.



Insyaallah...dengan adanya bangsa yang sudi bermimpi tinggi,dan bersedia mengubah diri untuk bekerja keras dan tidak kekal di takuk lama,barulah langkah-langkah untuk maju berarak senada dengan keperluan semasa.Dr mahathir pernah berucap pada 31 ogos 1981,sempena hari kebangsaan dan dia menyebut:



“Tiap-tiap seorang dari kita mempunyai peranan dan tanggungjawab yang khusus dan penting dalam pembangunan negara.Kita mestilah memainkan peranan dan menunaikan tanggungjawab kita.Untuk faedah diri dan masyarakat,setiap rakyat mestilah tekun,jujur dan disiplin.Apa juga kerja yang ditugaskan kepada kita,di peringkat mana pun,hendaklah kita jalankan dengan penuh kejujuran dan bersungguh-sungguh.Soal sama ada orang lain juga bekerja dengan jujur dan dedikasi tidak harus merungsingkan kita(jangan takut persaingan).Yang penting ialah kita sendiri yang menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya.Insyaalalah,jika kita semua menjalankan tugas kita dengan sempurna,tidak akan ada orang lain yang menjalankan tugas.Sebaliknya,jika kita menanti-nantikan orang lain(tidak mahu bergerak dan mengharapkan orang lain sahaja),maka tiada siapa pun yang akan bermula”(lihat MAHATIR:CITA-CITA DAN PENCAPAIAN,ms 112,susunan Harun Derauh dan Shafie Nor)





Ayuh umat kita,ayuh kita mula bekerja...............

0 comments:

Post a Comment