Dalam melayari hari-hari cuti sebagai “penganggur bertauliah” di rumah ini setelah meletak jawatan jawatan dari dunia persekolahan,saya sempat menapakkan kaki ke perpustakaan daerah Kemaman ini untuk menghidupkan semula sikap membaca di dalam diri saya ini setelah lama ia di‘belasungkawa’kan dari jiwa kecil ini dek kerana kesibukan yang memanjang dalam mempersiapkan diri untuk “bertempur” dengan peperiksaan Spm dahulu.Masih jelas terpahat dalam junktur memori saya bagaimana saya sanggup meninggalkan kesronokan beriadah bersama rakan untukbersiap awal untuk menggunakan masa berbaki sebelum azan maghrib dikumandangkan untuk membaca buku-buku(selain buku akademik SPM) yang ada dalam koleksi saya.
Namun dalam ruangan untuk kali in saya tidak bercadang untuk menulis sebarang coretan kisah lama yang mencorakkan kain putih perlayaran hidup ini,sebaliknya saya ingin berkongsi sedikit fakta yang pada hemah saya perlu untuk dimanfaati dan di sampaikan kepada umum untuk kemaslahatan bersama.Buku ini “pertelingkahan para sahabat:antara ketulenan fakta dan pemalsuan sejarah,”karya Dr Asri Zainul Abidin,seorang pemikir umat Islam tanah air yang cukup dikenali oleh warga tempatan kerana keberaniannya dalam menyuarakan pembaharuan tajdid dalam Islam(rujuk maksud tajdid,sekiranya masih belum jelas di laman web drmaza.com).
Secara ringkasnya buku ini mengketengahkan bagaimana begitu banyak fitnah yang telah dilontarkan kepada para sahabat rasulullah s.a.w yang pada era kini telah sebati dan ditelan mentah-mentah oleh golongan masyrakat dan ustaz-ustaz yang mungin tidak terlalu berhati-hati dalam memeriksa kesahihan fakta dan sejarah.Antara isu-isu yang disebut ialah tentang pendirian ahli sunnah wal jamaah terhadap para sahabat yang cukup berbeza dengan pegangan syiah rafidah,fitnah khalifah uthman,ali,muawiyah serta perang sifin dan sebagainya.Namun untuk kali ini,setelah meneliti isikandungan buku ini,saya bercadang untuk menulis tentang manhaj al-tabari yang menjadi rujukan umat Islam dala sejarah dan mengapa percanggahan fakta berlaku dalam karya al-tabari agar dapat memahamkan kita apa yang berlaku dan tidak terikut-ikut golongan orientalis dan musuh-musuh Islam dalam mencedok segala isikandungan karya al-tabari tanpa usul periksa.