this site provide my view about the world that we live in..

KONFLIK FOLTILLA-SUATU BENTUK CRUSADE BARU


Saya kira satu dunia sudah maklum tentang peristiwa hitam yang melanda kapal aktivis kemanusiaan,yakni kapal Turki Marvi Marmara yang dengan angkuhnya dserang secara rakus oleh tentera zionis ketika dalam rombongan Freedom Flotilla,atau rombongan yang bertujuan untuk memberi bantuan bekalan 5000 tan bahan-bahan binaan,ubat-ubatan serta peralatan sekolah kepada rakyat Gaza yang serba-serbi ditindas dan dicabul hak asasi nya.


Waktu saya dimaklumkan tentang isu ini,saya kira mungkin saya antara manusia di Malaysia yang agak lambat terkena tempias isu ini kerana beberapa hari ini saya agak sibuk melakukan beberapa perkara.Namun mengikut perkembangan yang terkini(berita harian metro bertarikh:1 jun 2010)yang sempat saya baca,masih kedapatan beberapa orang rakyat Malaysia termasuk YB Parit,Mohd Nizar Zakaria,41 dan beberapa orang krew media Astro Awani yang masih lagi samar-samar keadaan mereka,hidup?atau mati?masih kekal menjadi tanda tanya.Malah dalam laporan al jazeera sahaja,kejadian yang berlaku jam 10.30 pagi(waktu Malaysia) itu telah meragut seramai kira-kira 15 nyawa dek kerana permainan tembak-menembak ala-ala Hollywood versi “18 SG” tentera zionis ini.Suatu pencabulan secara terang-terangan tentang hak asasi manusia yang hebat dan lantang digembar-gemburkan oleh masyarakat Barat.

Apabila kita meninjau semula keadaan yang berlaku dapatlah kita melihat bahawa serangan ini ternyata suatu provokasi,sama ada terhadap agama atau ketamadunan itu sendiri,atau kedua-keduanya,yang semestinya adalah jelek di mata umum.Alasan bahawa pihak tentera zionis diserang terlebih dahulu langsung tidak munasabah,malah ia dinafikan sendiri oleh kapten kapal tersebut(rujuk sudut pandang awani,malam semalam).Manakan mungkin mereka sanggup membawa senjata-senjata dalam misi keamanan ini,malah mereka sendiri menjangkakan bahawa mereka akan disekat oleh Israel(seoerti yang didakwa oleh Dr.Mahathir),maka bodohlah mereka sekiranya mereka membawa senjata dan ingin berperang dengan tentera zionis,yang comfirm-comfirm lebih ramai.Tambahan pula penumpang kapal tersebut terdiri daripada kalangan doktor,aktivis kemanusiaan,pemimpin dan orang kebanykan,bukannya komando atau pasukan askar terlatih.Saya percaya kebanyakan dari kalangan penumpang itu pun mungkin lansung tidak pernah menggunakan senjata dalam hidup mereka pun!!Inikah yang tentera zionis katakan pengganas??mereka inikah yang begitu berani menyerang tentera zionis yang serba angkuh ini secara membabi buta??Nampaknya Presiden Israel,Netanyahu perlu menyediakn alasan yang lebih “canggih” dari itu,kalau sekiranya dia tidak mahu isu ini dicop satu provokasi ekstrim pihak Israel.



ISLAM MENJADI TUMPUAN SERANGAN

Kita tidak lagi berdalih sememangnya Islam begitu banyak mengalami pelbagai serangan dari pelbagai sudut.Malahan sejarah menceritakan banyak negara-negara Islam ditindas dan diserang dengan zalim oleh musuh-musuh Islam.Tolehlah ke Iraq,Afghanistan dan lain-lain yang begitu rakus dibaham dan dibedil dengan pelbagai perluru hidup,sekaligus meragut ribuan nyawa rakyat yang tidak bersalah.Persoalan yang timbul,mengapa iraq,atau afghan,sebuah negara miskin yang menjadi sasaran.Mengapa tidak China yang disebut oleh Napoleon Bonaparte sebagai gergasi yang tidur lena(rujuk anwar ibrahim,Gelombang Kebankitan Asia,terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka) yang kini sudah bangkit dan sedia menjadi pencabar ekonomi Barat yang paling utama,ataupun mengapa tidak Jepun yang kini kaya dengan pelbagai teknologi canggih ini tidak dibedil dengan senjata-senjata Barat??Negara-negara ini secara logiknya lebih berbahaya dan menjadi pencabar terdekat Barat,namun apakah faedahnya diserang negara miskin serta tidak berapa canggih ini??

Adapun mereka berhujah,serangan ke atas Afghan adalah semata-mata untuk menangkap Osama bin Laden,kalau begitulah niat mereka maka tidak perlu dibunuh kanak-kanak kecil yang tidak berdosa,orang-orang tua yang tidak bermaya,ibu bapa yang seba papa.Mereka ini tidak langsung terlibat dalam kejadian PWTC yang runtuh itu,namun atas dasar apa mereka perlu di “belasungkawa”kan??Kalau Osama Laden yang dianggap penjenayah maka burulah dia,namun sehingga kini ribuan nyawa telah melayang namun Osama masih lagi dalam pelarian,masih lagi tidak tertangkap?Logik apakah yang mereka gunakan??

Kejadian di Iraq,kononnya untuk menamatkan kediktatoran saddam Hussein,US mula campur tangan menghulurkan “bantuan”.Kita boleh bangkitkan persoalan mengapa US begitu sibuk atau terlebih prihatin secara tiba-tiba untuk masuk menyelit dalam politik Iraq??Sekirannya benarlah sekalipun saddam Hussein itu menjalani politik tirani,maka sekiranya majoriti rakyat mereka menerima(seperti di German,),apa hak US untuk kononnya berlagak “hero”??Andaikata rakyat tidak bersetuju dengan Saddam Hussein maka biarlah rakyat yang menyelesaikan kemelut politik mereka,seperti yang berlaku di Filiphina,atau pun di Thailand,.Malahn jajahan atau serangan US terhadap Iraq tidak meninggalkan sebarang solusi pun.Maka nyatalah sememanngya Islam ialah yang menjadi asbab mereka menyerang,satu bentuk Crusade alaf baru.

Crusade yang dahulu diisytiharkan oleh Paus Urban II di Clemont setelah dia berjaya meyakinkan raja-raja Eropah bahawa Islam ialah satu ancaman yang sangat bahaya,dengan membesar-besarkan cerita kekalahan Empayar Byzantine dengan tentera Islam di Manzikert dan rayuan maharaja Byzantine,Alexius I yang meminta pertolongan raja-raja Eropah lain.Malahan Paus Urban II mengeluarkan fatwa bahawa barangsiapa yang berjuang untuk membebaskan Jerusalem dari tangan “Anti-Christ(islam)”,maka dosa mereka aan diampuni dan dibenarkan mendiami syurga.Sungguhpun Jerusalem tertawan pada tarikh 15 Julai 1099,namun pada tahun 1187 masihi,Salehuddin Ayubbi berjaya merampas kembali Jerusalem.Namun itu Crusade dahulu,yakni suatu peperangan atas dasar agama(islam vs Christian) dan bukan berdasarkan unsur politik.Crusade alaf baru tidak jauh bezanya,walaupun ia bukan lagi suatu peperangan antara umat christian dan umat Islam,namun peperangan kali ini lebih bersifat terbuka,masih lagi atas dasar agama,di mana ISLAM yang menjadi sasarannya,oleh semua ekstrimis agama yang tidak bertanggungjawab.

Kata Dr Hassan Ahmad:

“Kalau serangan terhadap Afghanistan bukan Crusade,apakah istilah lain yang lebih sesuai untuk menjelaskan tindakan US itu?Jikalau tujuannya untuk menangkap Osama bin Laden yang disyaki merancang serangan terhadap bangunan PWTC di New York dan ibu pejabat perang US,Pentagon,mengapa negara Islam yang miskin yang tidak ada kena mengena dengan serangan ini diperangi?di bom?...inilah crusade namanya”-(Dato’ Hassan Ahmad,penulis profilik dan intelektual awam,Ke Luar Jendela,terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,ms 303)

Tiada sebab yang bersifat politik yang kukuh menerangkan serangan seperti ini,termasuklah kejadian di Flotilla,malahan bukti dan fakta lebih cenderung melihat peperangan ini merupakan suatu unsur provokasi agama,suatu bentuk Crusade alaf baru.

SIAPA PENGGANAS??

Walaupun crusade baru ini sudah lama bertapak di atas muka bumi ini,namun musuh-musuh Islam bijak menyembunyikannnya dengan memberitakan kepada dunia bahawa mereka menentang pengganas.Islam itu kononnya menganjurkan jihad(yang disamakan dengan holy war oleh barat,iatu peperangan terhadap orang kafir) dan demi keselamatan orang bukan Islam,golongan jihadis ini perlu ditentang.Malahan sering sekali dicanangkan di saluran berita terkemuka seperti CNN,contohnya,yang memaparkan gambar orang Islam,yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia termasuk kanak-kanak melilit kepala mereka dengan kain merah,putih,hitam dari Acheh,Afghan,Iraq,Pakistan,Palestin,Gaza,dan di kawasan lain,sambil menjerit-jerit menghayun pedang,pisau,kayu dan senapang lama(cth senjata orang tak maju) ditayangkan dalam media mereka,membantah keganasan Israel dan US,maka ramailah penduduk dunia yang cintakan keamanan terperngaruh dengan propaganda sebegini yang jelas menunjukkan seakan-akan Islam agama yang membahayakan dunia.Sungguh mereka sememangnya tidak reti untuk membezakan antara freedom fighter dan terrorist sehinggakan umat Islam sengaja menjadi sasaran mereka.

Namun kejadian di Flotilla ini membuktikan kepada mata dunia,bahawa Terrorist yang sebenar ialah bangsa yang kononnya berlagak hero menentang militan itu sendiri.Bukan sahaja umat Islam,malahan beberapa doktor yang bukan Islam turut dibunuh hanya semata-mata cuba untuk menghantar bekalan kepada penduduk Gaza.Dunia perlu sedar perkara ini,dan umat Islam perlu mengutuk serangan ini yang bukan sahaja suatu crusade,malahan suatu pencabulan tamadun dan hak asasi manusia(kerana bukan Islam pun turut menjadi mangsa).Serangan ini bukan sahaja bercanggah dengan agama Islam,malahan semua agama yang waras dan menganjurkan keamanan dunia turut mencemuh perkara ini.Agama budha sendiri menyebut:

“cease to do evil,learn to do good,purify the mind.This is the teaching of the budhism”-Dhp.183(dipetik dari buku Q and A,tulisan S.dhammika)

Islam juga menuntut keaman dan kedamaian,seperti firman Allah:

“Dan perangilah kerana menegakkan dan mempertahankan agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh dengan memulakan peperangan, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh”. (al-Baqarah: 190)


“wahai Muhammad serulah manusia pada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya” (Annahl:25),

Dalam Bible turut menyebut:

“But the fruit of the Spirit is love, joy, peace, patience, kindness, goodness, faithfulness, 23gentleness and self-control. Against such things there is no law” (Galatians 5:22-23)

“The fruit of righteousness will be peace;
the effect of righteousness will be quietness and confidence forever.”-( Isaiah 32:17)


Oleh yang demikan serangan yahudi@zionis ini wajar dicemuh oleh semua yang beragama dan waras.


YAHUDI BANGSA YANG DEGIL

Sejarah turut membicarakan bagaimana kaum yahudi ini kaum yang degil.Al Quran mencatatkan bagaimana kaum yahudi yang ingkar seperti yang dicerita panjang dalam surah albaqarah(ayat 40 sehinnga ayat 101,mengikut kajian saya ketika di PLKN).

Malahan dalam bible juga turut meveritakan kekejaman Yahudi antaranya dalam kitab deutronomy 2:10-16 yang menggambarkan betapa sombongnya kaum yahudi.Malahan Yahudi sendiri menolak ajaran jesus dan telah membunuh nabi-nabi sebelumnya seperti yang disebut dalam matthew 23:37-

“"O Jerusalem, Jerusalem, you who kill the prophets and stone those sent to you, how often I have longed to gather your children together, as a hen gathers her chicks under her wings, but you were not willing”- matthew 23:37

Maka tidak hairanla sehingga kini mereka(zionis) ini masih terbawa-terbawa dengan sikap angkuh dan degil mereka.Sebagai umat Islam kita harus berjaga-jaga dan sediakan bantuan sepenuhnya kepada umat Islam.Saya tidak mahu mengurai panjang namun saya kira mungkin saya akan menulis pula tentang peranan yang patut dimainkan oleh umat Islam dan mengapa kita dianggap marah “bermusim” sahaja.insyallah kalau ada kesempatan saya akan nukilkan sedikit sebanyak tentang isu ini..sekian

2 comments:

Luqman Safwan C.M Fauzi said...

jhnam israel!

The President said...

smer2 la kiter doa yer....agar Islam mnang smula di dunia..amin..

Post a Comment