this site provide my view about the world that we live in..

DILEMA UMAT ISLAM


Isu serangan Flotilla telah mula menyusup masuk ke dalam telinga kita semua beberapa hari yang lalu.Sungguhpun begitu kehangatan dan kemarahan sejagat masih lagi belum surut dan slogan anti-Israel yang dahulunya malap sebentar sudah mula menyala dan dilaungkan sebulat suara.Setiap kali saya membuka laman facebook,pasti akan timbul pelbagai slogan yang secara keseluruhannya mengutuk tindakan Zionis yang katanya begitu kejam,sombong,dan sebagainya.Saya tidak bercadang untuk berceloteh panjang perihal hal itu kerana saya telah rakamkan tulisan saya perihal tentang keganasan Zionis dalam konteks sejarah di post yang lepas,namun apa yang ingin saya bincangkan bersama pembaca yang sudi ialah tentang sikap “amarah bermusim” yang perlu kita sama-sama renungi.


Bukalah blog,facebook,friendster,serta mana-mana forum,pasti terukir kutukan demi kutukan yang dihemburkan kepada zionis.Malahan ada yang menggesa bahawa sesiapa yang tidak ambil tahu perihal berita tentang serangan zionis di Flotilla itu maka berdosalah akan dia dan zalimlah akan manusia sebegini.Terbit juga suara-suara yang merayu agar kita mesti mengutuk Israel di mana-mana sahaja(tidak jelas ungkapannya kerana “di mana-mana” merangkumi semua tempat?termasuk tandas??saya positvely thinking mungkin mereka maksudkan saluran-saluran bersuara yang disediakan.).Dalam meneliti ungkapan serta kemarahan ini,saya hanya mampu menggeleng kepala.Mengapa??bukan saya tidak bersetuju tetapi melalui paradigma saya sendiri,ia adalah langkah yang penting tapi TIDAK CUKUP.

Kalau kita semua mengimbas kembali kisah-kisah lama,dahulu kita pernah kecoh sebentar apabila Penjara Guantanamo mendedahkan pelbagai penyeksaan kepada tawanan muslim dan muslimah,dan pada waktu itu hampir semua rakyat dan umat kita mula “terangkat punggung” apabila dipertontonkan kekejaman yang berlaku ke atas saudara mereka di sana.Riuhlah bandar-bandar membuat pelbagai demonstrasi,aktivis-aktivis mengeluarkan suara bantahan mereka,dan kutukan demi kutukan bak peluru berpandu dilepaskan ke bangsa Zionis ini.Namun selang beberapa ketika,isu itu telah menjadi lapuk dan tiada lagi suara-suara dan kutukan semegah dulu,sedangkan pada waktu itu Guantanamo masih beroperasi sebagai neraka tahanan,namun MASA yang berlalu menelan segala semangat kita.Lihat pula ketika Sayid Yassin di bunuh,sekali lagi “punggung kita” terangkat,muka kita bertukar merah dan mulalah semula pelbagai protes dan tunjuk perasaan,kutukan demi kutukan yang akhirnya berkubur ditelan masa(tak sampai berapa minggu).Singkaplah semula penangkapan Saddam Hussein,pembunuhan Benazir Butto,serangan gaza dan sebagainya,maka kita akan melihat rasa “benci” kita dan “marah” kita hanya berMUSIM.Begitu mudah umat kita lupa,hari ini bersembur rasa jelek terhadap zionis,hari esok,atau lusa kita sudah langsung tidak peduli.Mungkin hari ini kita menangis,berdoa,bersedekah dan kemudian esoknya kita langsung alpa dengan keseronokkan dunia.Seseungguhya betapa palsunya kasih sayang kita pada penduduk Gaza,langsung tumbuh kemudian dicantas sendiri oleh tangan kita yang serba selesa ini.

Wahai umat manusia,sedar atau tidak sedar sebelum ini sudah beratus ribu yang terkorban di Gaza,baru hari inikah kita mahu bersuara??

“saya dah bersuara dan join protes,dan sebarkan berita lah masa tu..”

Kemudian,selang beberapa hari apa yang kita lakukan?manakah semangat jihad dan benci apabila Umat kita diperlakukan seperti ini??Perlulah zionis perlu “mengingatkan” kita berkali-kali agar kita tersedar semula dari lentok kelenaan untuk bangkit berjuang semula??

Saya bukan tak marah lepas isu Gaza tu,marah juga,tapi saya aktif masa tu jer lah..ok what...buat juga dari buat langsung

Renunglah bahawa suara bermusim kita tidak membawa banyak bantuan langsung kepada saudara-saudara Palestin kita.Ya mungkin sedekah kita,suara kita,gelagat kita ada menerbitkan secebis bantuan dan sekurang-kurangnya menunjukkan kita cakna kita,tapi itulah sekadar ia,ia penting tapi tidak cukup.seperti kita melihat saudara kita terjatuh ke dalam longkang,apa yang kita lakukan hanya menyediakan sedikit makanan kepadanya,agar dia tidak kebuluran dan boleh hidup,namun hakikatnya dia masih di situ,di dalam longkang yang serba sempit.KITA LANGSUNG TIDAK MENYELAMATKAN MEREKA,TETAPI HANYA MEMBANTU MEREKA UNTUK HIDUP.



TIDAK MAMPU ATAU TIDAK MAHU?


“ah..tak akan aku nak angkat senjata kot,nak gi perang dengan diorang,”


“aku buat ikut kemampuan jer bro,cukuplah kalau aku bersedekah ker,or paling kurang aku mengutuk sekeras-kerasnya”


“Ayuh rakan sekalian,kita buat sekadar yang mampu,iaitu kita sebarkan berita ini kepada seluruh umat dunia”

Persoalan yang saya timbulkan adakah betulkah hanya itu sekadar yang kita mampu??Saya melihat perkara ini sebagai suatu falasi yang jumud untuk menutup hakikat bahawa kita sebenarnya malas.Ya ada benarnya keadaan tidak membenarkan untuk kita mengangkat senjata ,namun cukupkah kita dengan membenci sahaja??

“cukuplah membenci,kan hadis nabi kalau kita melihat kemungkaran boleh jer membenci dengan hati..”

Ya,ada benarnya membenci dengan hati itu disebut dalam hadis,tetapi hal demikian adalah selemah lemah iman.Adakah itu suatu alasan yang membataskan kemampuan kita??TIDAK sama sekali,kerana kita yang memilih untuk kita berada di zon selesa itu,yakni hanya duduk di atas kerusi malas dan mencerca serta menagisi keganasan di Gaza.Kita yang memilih untuk tidak bergerak ke tahap iman yang lebih baik,kita yang pilih dan langsung tiada sebarang sekatan.So tanyalah diri kita sama ada kita TAK MAMPU ATAU TAK MAHU??

Sayyid Dr Abdullah azzam(syahid pada 24 november 1989) menyebut:

“Sesungguhnya membiarkan umat Islam disembelih di atas muka bumi ini dan hanya mengeluh sambil berkata “la hau lawalla quwwata illa billah” atau dengan hanya mengucap “innalillahhi wainna ilaihi rajiun” dan hanya melepaskan geram di tangan dari jauh tanpa menjuruskan perasaan tersebut kepada suatu perangcangan yang rapi untuk menghadapi permasalan tersebut,hanyalah suatu kepura-puraan terhadap agama Allah dan suatu kelucuan perasaan yang hambar serta dusta yang telah sekian lama menipu diri sendiri dari segenap sudut”-(dipetik dari buku:Tokoh-tokoh gerakan Islam abad moden,kajian Zainuddin Hasyim dan Ridhuam Mohd Nor(penulis profilik),2009,kuala lumpur,ms 36)

Tanyalah diri kita sendiri adakah kita sudah mula merancang untuk menumpaskan Yahudi atau sekurang-kurangnya menaikkan kekuatan umat Islam agar tidak ditindas?adakah kita sudah mula berdakwah sebaik mungkin untuk menyedarkan umat Islam??tak mampu atau tak mahu??

Syeikh Muhammad al gazalie menyebut:

“Hatiku sangat pilu ketika mengetahui bahawa nyawa orang-orang Islam adalah nyawa yang paling murah di atas bumi ini.Orang-orang Majusi,Yahudi,Kristian,para penyembah berhala,atheis,dan para penguasa muslim,semuannya begitu mudah membunuh orang-orang Islam.walaupun orang-orang yang berjuang membela Islam dalam keadaan yang sangat sulit dan rumit,semangat juang harus tegar untuk membela orang-orang yang dizalimi dan orang-orang yang lemah.Kita harus memberi semangat mereka SEHINGGA MENDAPAT HASIL YANG DICITA-CITAKAN.Dalam keadaan apa pun,dakwah Islam harus tetap dilakukan,benderanya harus tetap dikibarkan,hidayahnya harus tetap terus terpancar dengan jelas,kebenarannya harus ditampilkan,bukti-bukti kebenaran harus dimunculkan dan rintangan-rintangan yang menghalang harus disingkirkan”- (dipetik dari buku:Tokoh-tokoh gerakan Islam abad moden,kajian Zainuddin Hasyim dan Ridhuam Mohd Nor(penulis profilik),2009,kuala lumpur,ms 147-148)

Tanyalah diri kita sahabat sekalian,adakah kita sudah bekerja untuk menegakkan agama tuhan??adakan kita TERUS MENERUS berjuang untuk mengembalikan kehebatan umat Islam dari pelbagai sudut??adakah kita manfaatkan masa kita yang terluang dan dibazirkan untuk berusaha mendalami masalah agama agar kita dapat gunakan untuk berdakwah?tak mampukah kita tau tak mahu??

Saya masih ingat saya pernah berjumpa dengan beberapa sahabat yang sudah merancang masa depan mereka,utuk berjuang menaikkan semuoa agama Islam agar tidak lagi dihina dan dipandang enteng,.Sebahagian dari merka memilih pelbagai bidang,sperti kedoktoran,politik,media dan sebagainya dan mereka bekerja keras untuk itu.Mereka telah merancang,bekerja mengikut kemampuan mereka,namun adakah kita hanya mahu yang lain hanya mahu menjadi penonton.

“diorang pandai,aku tak pandai”

Ini alasan yang tidak boleh diterima,tanyalah adakah kita belajar bersungguh-sungguh untuk menaikkan nama Islam?adakah kita hanya mengejar cita-cita individu dan langsung mengabaikan keperluan dan rintihan umat Islam yang lain??tak mampukah kita atrau tak mahu.

Kerana kemalasan kita,keengganan kita untuk berbakti pada agama,kita menyempitkan istilah kemampuan kita.Sedangkan begitu banyak masa yang terluang,namun kita tidak langsung menimba ilmu untuk berjaya agar dapat kita berdakwah dengan sempurna,berapa ramai yang celiknya mata mereka,maka dia melihat hari ini adalah hari untuk dia berjuang sehabis baik agar matlamat umat sejagat dapa ditunaikan?.Islam kini ketandusan dai pelbagai aspek(sains,teknologi,politik dsb)dan hal inilah yang menyebabkan kita ditindas,berapa ramaikah yang bersedia untuk mengisi lompang-lompang kosong ini agar Islam kembali kukuh??

Ramai yang hanya menjadi penonton yang setia dan bersuara akan kemarahan mereka tapi tidak mahu bertindak,Saya menyeru rakan-rakan sekalian,tidak kira semuda atau setua mana anda sekalipun,sebijak mana atau sebodoh mana anda sekalipun,secetek mana ilmu atau segunung mana ilmu anda sekalipun,senakal mana atau sebaik mana anda sekalipun,berjuanglah dan bekerja keraslah atas nama Islam dan janganlah kita menyempitkan kemampuan kita hany kerana kemalasan kita.Celiklah bermula hari ini sebagai pejuang agama,bertindaklah hari ini untuk berjuang pada agama,belajarlah hari ini sekeras yang mungkin untuk mengharumkan nama Islam semula di pentas dunia.Renungilah bait-bait sajak sayyid Qutb sebelum syahid(dipetik dari koleksi sajak yang saya kumpulkan):


“Saudara!kau merdeka dibalik alam baru,
Saudara!kau merdeka dari belengu itu,
Kalau betul kau berpegang pada tuhan mu,
Apa helah makhluk,tiada berbekas padamu.


Saudara!ikutilah kalia jejakku ini,
Puak demi puak, angkatan baru susuli,
Mestipun aku mati,tapi aku mati suci,
Kalian kan lalu denga kemenangan lagi,
Ku membela nama tuhan dan agama,
Dengan yakin atas sunnah,ku jalan selama,
Entah demi kemenangan di merata dunia,
Entah untuk mendapat balasan dengan anbiyya”

Sekian....saya akhiri dengan firman Allah yang menyebut:


“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu”-surah muhammad:7


Ps:janganlah hanya asyik menghina dan menyebarkan berita sahaja,mulalah bekerja -tema asal artikel ni^^bercadang nak tulis peranan muslimin pasni

0 comments:

Post a Comment