Petang itu angin bertiup lembut membuai rumput-rumput yang turut sama menari mendendangkan lagu-lagu alam,langit yang serba mendung sejak beberapa hari masih lagi belum memuntahlkan airnya untuk membasahi bumi yang serba dahaga.Jauh dari tingkap peprustakaan itu saya sempat menjenguk,melihat burung-burung berterbangan berkumpulan merentasi langit yang serba kelabu itu.Ketiadaan matahari yang mungkin tersipu-sipu malu untuk menghiasi ruangan langit pada petang itu mungkin membuat suasana di dalam perpustakaan itu sedkit sejuk berbanding hari biasa.Mujur saya memakai baju yang agak tebal.
“fuh...penatnya rasa”
Buku “aku terima nikahnya” tulisan saudara hazrizal jamil(terima kasih kepada rakan-rakan yang mencadangkannya) saya belek-belek.Hampir 2 jam lebih karya saudara hazrizal ini berjaya memaku saya di kerusi dan mengikat mata saya untuki terus menatap helaian demi helaian hinggalah ke muka yang terakhir.Namun 2 jam masa yang terluang itu,secara peribadinya cukup berbaloi kerana apa yang disajikan oleh “aku terima nikahnya” itu benar-benar membuka fikiran untuk memahami naluri seorang remaja dalam mencari sebuah cinta yang biasanya terbabas dalam lamunan desakan inginkan kasih sayang.Two thumbs up for this masterpiece.