this site provide my view about the world that we live in..

Usah dikunci mulut yang bersuara..

Assalamualaikum w.b.t

Ini merupakan artikel saya yang pertama yang pada saya bersifat ilmiah,jadi saya mengharapkan agar mana-mana blogger ataupun siapa-siaoa sekalipun agar dapat memberi kritikan akan kelemahan yang timbul untuk saya baiki dari semasa ke semasa.Sekian terima kasih..



Sudah beberapa ketika tarikh 11 mac 2010 meninggalkan kita,malah semakin jauh perjalanan masa ini semakin terserlah keindahan makna yang tersisip pada tarikh keramat ini.Mungkin insan-insan yang “bertuah “ kerana tidak terpilih untuk mengikuti percutian istimewa yang dianjurkan pihak kerajaan ini tidak akan merasa tempias tarikh keramat ini tetapi bagi wira-wirawati negara yang telah berhempas pulas di kem-kem seluruh Malaysia,tarikh ini ternyata mengukir sebuah petanda bagi mereka,sama ada satu simbol kebebasan dari sebuah ‘penjara’ atau satu kenangan manis yang bernoktah pada tanggal 11 Mac ini.

Jadi ruangan kali ini ingin saya ungkapkan sedikit ulasan dan pandangan saya terhadap beberapa pengalman manis saya dalam berkampung di kem semarak pekan Pahang.Malahan saya percaya pelatih-pelatih lain mungkin lebih banyak pengalaman yang bermakna dan menarik sepanjang menjalani aktiviti di kem masing-masing,namun dari segi analisisnya mungkin pada hemat saya tidak ramai yang mampu melihat pengalaman tersebut sebagai batu loncatan untuk meningkatkan tahap keilimuan dan kematangan dalam diri kita.Namun tidaklah dengan berkata ini bererti saya mendabik dada dan mengistiharkan diri saya sebagai ‘manusia matang abad ini’,malah saya sedar ruangan kedaifan dalam diri ini masih banyak yang tidak terisi dan dengan itu mungkin secebis coretan saya ini dapat meningkatkan tahap maturity saya sendiri untuk menjadi manusia yang lebih baik.Oleh itu sebarang pendapat yang tidak selari dengan mana-mana pembaca amat saya alu-alukan untuk kebaikan mutual.

Dalam banyak-banyak kenangan yang memenuhi helaian memori ini,untuk kali ini(kali yang pertama!!!) ingin saya ceritakan satu peristiwa yang menyedarkan saya akan hakikat dunia dan masalah umat yang menelan tahap keintelektualan sejagat.

Peristiwa ini berlaku pada satu malam(minggu-minggu yang terakhir tak silap saya),di mana saya bersama rakan-rakan dorm telah menganjurkan satu program di surau yang bersifat forum dan tajuk yang diketengahkan pada malam tersebut ialah ‘islam:agama individualisasi atau kolektiviti.Mungkin disebabkan ahli-ahli panel(termasuk saya) tidak beberapa bersedia dengan input-input yang solid,maka perbincangan yang diadakan tidaklah terlalu kearah tajuk perbincangan sebaliknya lebih banyak menyentuh isu-isu lain yang mungkin boleh saya andaikan sebagai isu-isu ‘seretan’ daripada tajuk tersebut.Namun dalam pengucapan saya,saya telah meluahkan beberapa kritikan terhadap satu golongan yang dipangggil tabligh kerana cara hidup mereka.Masih jelas dalam benak saya ucapan yang saya tuturkan tidaklah berbentuk penghinaan atau kutukan,namun memang lumrahlah,yang kritikan itu tidak semuanya manis dan untuk menjadi halwa telinga sahaja.Berikut merupakan petikan ucapan saya:

“Kita kena faham bahawa islam itu agama yang tidak bersifat mematikan/memandulkan kebolehan seseorang sebaliknya kebolehan yang ada dapat di manifestasikan dalam bentuk lain untuk menyumbang pada agama.Tidaklah hanya dengan bergelar ustaz sahaja maka barulah anda memegang sijil jihad,tetapi melalui bidang-bidang lain juga seperti ekonomi,pendidikan ,sains juga memerlukan jihad yang terdiri daripada pakar-pakar pelbagai bidang,bukan daripada golongan agamawan sahaja.Hal ini penting untuk saya utarakan kerana timbul satu dogma pemikiran dari kalangan ibubapa bahawa dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah aliran sains dan bidang-bidang yang pada pandangan umu tiada pertalian dengan pengajian islam adalah tidak termasuk dalam medan jihad.Malahan ada di kalangan orang-orang yang begitu tinggi pengajiannya dan pakar dalam sesuatu bidang telah menggadaikan segala kelebihan dan kepakaran yang ada(dengan niat untuk berjuang pada agama) untuk menyertai jemaah-jemaah yang merantau,berpakaian serba lusush,tidur di surau-surau dan bergerak rumah ke rumah untuk mengajak manusia ke arah kebaikan seperti golongan tabligh atas dasar definisi jihad yang cukup jumud dan terbatas.Bukanlah saya bertindak untuk menghina mana-mana gerakan tabligh kerana pada pandangan saya gerakan ini tetap merupakan suatu keperluan,namun ia bukanlah satu-satunya jalan jihad yang menjadi imej agama islam.Malahan tindakan mereka dengan memakai pakain yang serba lusuh atas tiket zuhud itu pada pandangan saya bukanlah suatu yang baik dalam menonjolkan imej islam yang selari dengan mana-mana peredaran zaman.Namun tetap tidak dinafikan bahawa sumbangan tabligh ini adalah sangat diperlukan untuk meluaskan dakwah,Cuma ia bukanlah jalan tunggal yang dihalalkan oleh islam tetapi banyak lagi bidang lain yang medambakan pembangunan serta kemajuan untuk menegakkan kalimah Allah.”

Sebaik sahaja saya menamatkan ucapan saya,maka saya buka ruang untuk sesi pertanyaan.tiba-tiba seorang sahabat saya yang dari kalangan tabligh mengangkat tangan lalu terus mengajukan soalan yang terus mencetuskan kontroversi pada malam itu.

“boleh tak kita berhenti bercakap tentang ini,sebab isu ini sensitive…sebab adaoprang tabligh kat sini”

Saya pasti melihat riak wajahnya,saya dapatkan rasakan adanya rasa ‘ketidakpuashatian’ dalam dirinya.Melihat keadaan yang semakin menegang,dan suasana mula perlahan-lahan bertukar gamat,saya cuba menjelaskan semula bahawa apa yang saya maksudkan bukanlah untuk menghina tetapi atas dasar-dasar ilmiah,yang pada hemat saya salah maka wajib saya untuk mengkritik dan sekiranya kritikan saya itu dapat disangkal dengan hujah yang lebih bernas,maka saya sendiri akan turut menjadi insan yang turut gembira.Bukan sebab kalah atau menang dalam melawan hujah tetapi sekiranya kebenaran dapat diterbitkan,walaupun bukan dari pihak saya insyaallah saya akan turut menumpang bangga..

“Apa yang saya sebutkan itu adalah kritikan dan saya harap kita dapat bersifat matang dalam hal-hal ilmiah,jika saya salah betulkan saya ,”itulah kata yang menjadi penghabisan ucapan saya pada malam tersebut.

Sekiranya diikutkan bahawa cerita ini bukanlah sampai di sini sahaja,namun biarlah saya sambung di ruangan yang lain.Namun apa yang berlaku malam tersebut membuatkan saya berfikir panjang dan mengambil keputusan untuk memuatkan pandangan saya terhadap apa yang berlaku pada malam tersebut.

Secara peribadi,malam tersebut telah memaparkan sebuah sitcom pemikiran masyarakat kita yang tidak mahu meletakkan budaya ilmu yang mampan dalam sanubari kita.Malahan pelbagai alasan dikeluarkan untuk memastikan mulut yang ingin bersuara bagi menyampaikan idea-idea berbaur kritik untuk kebaikan sejagat dapat dikunci serapat mungkin.Malahan dengan menyifatkan isu tersebut sesuatu yang sensitive adalah luar daripada disiplin ilmiah dan halaqah ilmu.Saya cukup pasti saya tidak pun menyentuh sebarang isu perkauman,atau politik tetapi apa yang saya cuba sampaikan adalah suatu kritikan terhadap pemikiran yang menggari umat islam dewasa ini.Mungkin dalam hal ini nama tabligh telah naik dan seakan-akan dianggap menjadi mangsa dalam kritikan ini,namun nama tabligh ini seperti telah dicop “maksum” oleh agama.Saya tidaklah berniat untuk memburukkan golongan ini kerana saya sendiri bersetuju dengan beberapa perkara yang menjadi amalan mereka tetapi dengan berdiam diri melihat kekurangan yang ada pada mereka sehingga mampu mengubah persepsi masyarakat adalah suatu pengkhianatan yang hakiki.Ini juga merupakan permasalahan umat kita apabila meletakkan syarat bahawa akibat wujudnya golongan-golongan tertentu dalam agama maka adalah haram untuk mengkritik antara satu sama lain bagi menjamin perpaduan.Nyata dengan wujudnya pecahan-pecahan umata dalam agama sendiri mencerminkan kerapuhan perpaduan yang ada dan masakan mengharamkan kritikan-kritikan bersifat ilmiah dapat memampankan semula perpaduan??Ayuhlah kita renungkan secara bersama.

Jadi diharap mereka yang membaca ruangan ini tidak melihat saya sebagai anti tabligh atau benci akan dakwah seperti yang mereka bawakan.Saya juga orang islam yang cuba berkhidmat untuk agama,dan mahu yang terbaik untuk umat sejagat dan pada pandangan saya golongan tabligh juga mempunyai misi yang sama.Oleh itu bersamalah kita saling tolong-menolong,TEGUR-MENEGUR, bukan hanya bertelingkah dan memusuhi sesama umat islam apabila terbit idea yang mungkin tidak ‘semazhab’ dengan kita tetapi carilah penyelesaian dan perbincangan yang harmoni berteraskan prinsip-prinsip ilmu yang jitu.Sekian……..

4 comments:

Haziq said...

Salam..
post ilmiah pertama menggambarkan asas pembinaan blog ini. dri sinilah kita dapat lihat arah dan keutamaan pada setiap post yg akan dikeluarkan.

Kritikan kepada golongan tabligh dah berlaku daripd dahulu lagi. Tidak dinafikan ada golongan tabligh yang ekstrim dan berlebih-lebihan dalam agama. namun, bukan semua yang bersifat negatif. Masih ada golongan tabligh yang bersederhana, yakni tidak kearah ekstrim. Seharusnya kita perlu manfaatkan apa yg baik dan buang sifat yg sebaliknya.

Rasulullah s.a.w. pun mengaskan untuk kita supaya tidak berlebih-lebihan (ghulu) dalam agama.

Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi juga ada menjelaskn keutaman hati daripada imej (ruj:fiqh al-alawiyat). Pemakaian jubah, serban, pakaian atas buku lali, dsb bukanlah tinggi keutamaannya berbanding amalan hati sperti ikhlas, menjalankan perintah Allah, cinta akan Sunah Rasulullah, dsb.

Jgnlah disebabkan perkara yang tidak utama kita bertelagah. Janganlah buang masa untuk perkara tersebut dan utamakan yg utama. 'First thing first!'

Seharusnya kita perlu membaiki cara berdakwah. tidak semestinya menyampaikan(tabligh) itu dengan berjalan kaki dari rumah ke rumah. Sekarang ni media mnjadi penanan pnting utk berdakwah.

Jangankan kerana ilmu kita cetek dalam bidang 'mass communication' kita katakan, "Sunah hanyalah berdakwah dari rumah ke rumah"

sampai bila kita nak lihat TV dipenuhi gaya hidup hedonisme? Adakah kita tidak mahu bertanggungjawab?

sampai bila kita nak lihat internet dipenuhi bahan lucah? sedangkan peringatan Islam begitu sedikit.

Sampai bila kita nak lihat Yahudi menguasai Media? Sedangkan kita masih berjalan kaki menyampaikan maklumat...

Syahida _Masri said...

bagus2...post pertama y ckup mengetuk pintu hati saya utuk terus membaca sehingga habis..alhamdulillah, keberanian awk dlm mngutarakan isu tabligh ni patut dipuji... saye x pandai dlm mnjelaskan hujah but saya sangat setuju dgn ape y diperkatakn..gud2!! teruskan menulis..

Unknown said...

tahniah ats entri2 yg bermakna..teruskan usaha..n nak tnye,bg awak,camne nak m'ekspresikan pndgn tu scara ilmiah?myb blh share..

The President said...

kpd afaire noah...

sy sbenarnya kurang pasti bagaimana dan apa yang sahabat maksudkan dengan 'mengeksppresikan pandangan secara ilmiah'.Bukan bermakna saya ni xfaham dari segi makna(saya pown org melayu,..huhu)cuba apabila sahabat mengketengahkan isu ini membuatkan saya sedikit tertanya dari aspek mana yang patut saya tuturkan.

Namun secara ringkasnya,pada pandangan saya yang serba daif ini,apabla anda mentuturkan sesuatu pandangan atas teras ilmu yang hakiki(tidak ada kepalsuan) dan berdiri di atas landasan prinsip-prinsip perbincangan(sedia menerima kritikan,untuk kemaslahatan bersama)maka secara tidak langsung,anda berjaya melontarkan sesuatu suara dengan nada yang ilmiah.Kita tidak perlu begitu takut untuk dikritik kerana asas untuk kita bersuara adalah untuk mennyampai kan kebenaran,bukan untuk berlaga wira,dan sekiranya ada kebenaran yang lebih baik terkandung dalam pandanagn orang lain,maka kita sepatutnya turut gembira kerana asas tujuan kita bersuara(untuk menegakkan kebenaran)telah pun tercapai walaupun bukan dari suara,pandangan atau kritikan kita.

Adapun bianya sesetengah dari umat kita mereka ghairah bersuara,melontar pendapat untuk memegang title wira namun apabila pendapatnya disangkal(dengan fakta dan hujah yang lebih kukuh)maka mereka ini akan mula kaget dan risau title wira mrk akan terjejas.Oleh sebab itu timbullah perperangan mulut yang langsung mengetepikan adab-adab musyawarah ilmu sehingga fakta dan hujah tidak lagi menjadi jurus tempat dalam serangan sebaliknya ego dan fitnah mula mengambil menghentam lawan..

Saya percaya sekiranya niat kita jujur untuk mengkritik dan besedia untuk menerima suasana diskusi yang harmoni bertunjang kan fakta dan hujah,sungguhpun diskusinya memperihalkan tentang soalan-soalan remeh spt "nike or adidas maner lg bek" sekalipun...luahan kita pasti bersikap ilmiah dan berteraskan ilmu dan tidak dipandu ego untuk menang shj...

Post a Comment