this site provide my view about the world that we live in..

Aku masih lagi budak hingusan

Saban hari dalam melayari pemikiran yang sentiasa menjadi mainan diri ini,kadang-kadang tercetus dalam hati kecil saya ini akan keinginan untuk menzahirkan idea-idea dan pandangan saya dalam satu medium untuk dikongsi dan dikritik oleh mana pihak.Malahan melihat timbunan buku yang memenuhi ruang rak yang baru dibeli membuatkan saya terpanggil untuk membuka ruangan yang lebih global untuk idea dan pemerhatian saya berdasarkan ilmu yang cetek lagi daif ini untuk dikongsi,dan mungkin dapat dimanfaati.

Insyaallah,dengan terbinanya blog ini,akan saya cuba nukilkan sedikit sebanyak perihal dunia dan sebarang topik melalui jejari tingkap pemahaman saya sendiri walaupun menulis bukanlah bidang yang sebati dengan saya.Masih banyak lagi saya perlu pelajari(terutama dalam mengendalikan blog ini) dan sekiranya tiada badai ujian tuhan yang datang melawat serta masa saya pun tidak terlalu padat,akan saya curahkan segalanya di blog ini.

Diharap blog ini dapat dimanfaati serta tidak menjadi seperti kubur yang sepi...:)

2 comments:

Haziq said...

salam... jgn risau... ak sedia membantu...

jimie1402 said...

wah! dah ada blog sndiri plak manusia ni! xpe2... truskan usaha... =)

Post a Comment